Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara jalan kaki amal untuk bantu pesakit Hospital Masyarakat SingHealth 

Jan 30, 2024 | 5:26 PM
Acara amal iWalk 2024 anjuran Hospital Masyarakat SingHealth (SCH) ini antara lain bertujuan mengumpul dana untuk menyokong pesakit kurang bernasib baik serta keluarga dan/atau penjaga mereka yang memerlukan.
Acara amal iWalk 2024 anjuran Hospital Masyarakat SingHealth (SCH) ini antara lain bertujuan mengumpul dana untuk menyokong pesakit kurang bernasib baik serta keluarga dan/atau penjaga mereka yang memerlukan. - Foto SCH

Berjalan kaki di Gardens by the Bay diikuti berkelah sambil menikmati persembahan muzik.

Itulah yang dapat dilakukan peserta acara amal iWalk anjuran Hospital Masyarakat SingHealth (SCH) pada Sabtu, 2 Mac.

Acara tahunan itu membawa tema ‘A Walk and Picnic in the Park’ dan menyatukan orang ramai menerusi kegiatan berjalan kaki - satu aktiviti yang mudah tetapi bermakna dan menyihatkan.

Acara iWalk ,yang diadakan dari 3.30 petang hingga 7.30 malam, mengumpul dana untuk menyokong pesakit kurang bernasib baik serta keluarga dan/atau penjaga mereka yang memerlukan.

Dana itu juga menyokong program untuk pesakit dan pekerja penjagaan kesihatan.

Ia turut disalurkan kepada pendidikan dan kajian untuk memperbaiki perkhidmatan penjagaan pesakit, keselamatan pesakit dan penjagaan bermutu pesakit.

Sumbangan peserta akan merapatkan jurang bagi pesakit yang telah kehabisan semua sumber bantuan kewangan lain dan membolehkan mereka mendapat akses kepada perkhidmatan penjagaan dan rawatan yang diperlukan melalui Dana Kesihatan SCH.

Pendaftaran bagi iWalk 2024 dibuka hingga 5 Februari dan boleh dibuat di www.iwalk.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg