Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agensi pemerintah tegas agar syarikat gaji pekerja secara adil

Aug 30, 2021 | 5:30 AM
227bd2fe-7116-486d-a5ea-8461a1188af2
-

AGENSI-AGENSI pemerintah telah bersikap tegas terhadap syarikat-syarikat yang gagal menggajikan pekerja secara adil.

Memberikan contoh, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menerima aduan mengenai amalan sumber manusia (HR) dalam sebuah bank.

"MAS telah menyiasat bank itu. Jika aduan itu sah, MAS akan bercakap kepada pegawai kanan bank. Apabila MAS mengutarakan isu itu, bank akan mengambil aduan itu secara serius. Mereka melaporkan balik kepada ibu pejabat (HQ) dan membuat penyesuaian,'' kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong berucap di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) semalam.

Hal yang sama juga dilakukan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) apabila terdapat terdapat aduan dalam syarikat teknologi maklumat (IT).

Beliau menambah campur tangan agensi-agensi pemerintah amat berkesan.

Mengongsi pengalamannya bertemu seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) di Davos, Swizerland, Encik Lee menyatakan anak syarikat IT CEO itu di Singapura sedang melakukan yang terbaik bagi menggajikan pekerja setempat, memupuk bakat pekerja Sungapura dan menjadi korporat yang baik.

"Saya tahu mengapa beliau katakan demikian dan mengucap terima kasih kepadanya.

"Apabila saya memeriksa dengan IMDA, saya gembira kerana memang sah syarikat itu telah berusaha membuat perubahan,'' tambah Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg