Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agih daging korban di pedalaman Indonesia

May 31, 2024 | 5:30 AM
Pengasas Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli (kiri), di kandang kambing di kampung Bandok, Indonesia. Foto dirakam beberapa tahun lalu.
Pengasas Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli (kiri), di kandang kambing di kampung Bandok, Indonesia. Foto dirakam beberapa tahun lalu. - Foto AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Pada tahun 2024 ini, Al-Imtaq International & Services berhasrat menumpukan bantuan pengagihan daging korban ke Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.

Menurut Pengarah Urusan syarikat ini, Ustaz Musa Zulkifli, pihaknya amat prihatin terhadap golongan yang amat daif dan fakir miskin, khususnya di Indonesia.

“Tidak dinafikan ada juga golongan yang memerlukan dalam segelintir masyarakat Melayu Islam di Singapura, tapi ia tidak sebanyak seperti di Kemboja, Indonesia dan negara lain,” jelas Ustaz Musa.

Al-Imtaq International & Services mahu membantu masyarakat yang miskin lagi fakir, semenjak ditubuhkan pada tahun 2009.

Tahun ini, khidmat korban yang dilaksanakannya akan membantu penduduk di daerah kampung di pedalaman Lombok Timur seperti di kampung Bandok, Tembeng, Mamben, Apitaik, Sumbawa dan lain-lain lagi.

Harapan Ustaz Musa, ”mudah-mudahan tahun ini, bilangan korban lebih meningkat daripada sebelumnya”.

Untuk ibadah korban lembu, harga korban ialah $1,200 bagi tujuh bahagian dan untuk korban kambing, harganya $190.

Pakej korban termasuk sijil bergambar yang akan dihantar melalui WhatsApp atau e-mel, pengambilan dari rumah percuma untuk yang melebihi $100.

Video acara korban dan wakaf lainnya dapat disaksikan di laman web, YouTube atau Facebook Al-Imtaq International & Services. Bagi setiap peserta korban $5 akan disalurkan kepada Maahad Tahfiz.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073, Ustaz Husni Yusof di talian 9675-8787, Ustaz Soleh di talian 9843-0604 atau melalui WhatsApp di talian 8454-3782.

Cara membuat pembayaran bagi tempahan korban:

1. Secara tunai kepada pegawai syarikat sewaktu pengambilan di rumah.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun DBS 019-904263-9.

3. PayNow ke UEN 53202179K. Selepas transaksi berjaya, sila tangkap layar resit dan WhatsApp ke talian 8454-3782.

4. Melalui cek atas nama Al-Imtaq International & Services.

5. Layari http: //www.al-imtaq.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg