Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Syarikat terus bentuk modal insan di dalam dan luar negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat terus bentuk modal insan di dalam dan luar negara

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Maju terus, berkhidmat terus meskipun kadang-kadang ada hambatan yang dihadapi. Demikian perkongsian pengarah syarikat Al-Imtaq International & Services yang menjalankan khidmat memberi bantuan kepada golongan fakir dan miskin melalui sumbangan masyarakat di dalam dan luar negara.

Syarikat itu yang telah ditubuhkan pada awal 2009 juga menetapkan ‘‘membentuk modal insan yang berterusan baik di dalam mahupun di luar negara’’ menepati tujuan ia ditubuhkan dengan moto ‘Amanah anda ialah tanggungjawab kami’.

Diminta menghuraikan apakah antara hambatan atau cabaran itu, pengarah Al-Imtaq, Ustaz Musa Zulkifli, 47 tahun, berkata:

‘‘Cabaran dan hambatan yang selama ini dilalui adalah mengekalkan kepercayaan masyarakat Islam Singapura khususnya, dan kaum Muslimin umumnya agar terus menyokong perjuangan kami selama ini.

“Ini kerana ‘di mana ada Muhammad selalunya ada Abu Jahal’. Maksudnya, setiap ada kebaikan selalu ada orang yang cuba menghalang perjuangan tersebut. Tetapi itu sudah menjadi hukum alam. Semoga kita selalu dalam lindungan Allah swt.’’


Sungguhpun begitu, Ustaz Musa bersyukur dengan pencapaian Al-Imtaq sejauh ini seperti menaja pelajar kurang berkemampuan daripada serendah pelajar tadika sampai ke peringkat universiti serta membangunkan tempat ibadah, musala, masjid dan maahad tahfiz.


‘‘Pengalaman yang sangat menarik selama menerajui Al-Imtaq adalah ketika ramai orang yang tidak berkeupayaan dapat dibantu, maka pada saat itu terasa hilang penat dalam berkhidmat,’’ ulasnya, seorang kelahiran Lombok, Indonesia, dan kini menjadi penduduk tetap Singapura.

Beberapa khidmat Al-Imtaq sejauh ini termasuk menganjurkan ibadah korban, akikah, fidyah, wakaf, pengurusan harta pusaka dan projek sempena Ramadan.

Mengenai rancangan masa depan Al-Imtaq, beliau berkata:

‘‘Rancangan ke depan kami adalah berusaha sedapat mungkin mengurangkan ketimpangan yang banyak berlaku pada masyarakat yang kurang berkemampuan khususnya dalam pendidikan, kerana hanya pendidikan akan mampu mengeluarkan masyarakat daripada kemelut tekanan ekonomi dan sebagainya.’’

BERI SUMBANGAN


Sumbangan boleh dilakukan melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun DBS 019-904263-9.

2. PayNow ke UEN 53202179K. Selepas transaksi, sila sertakan bukti/resit dan WhatsApp ke talian 8454-3782.

3. Kiriman cek atas nama Al-Imtaq International & Services.

4. Untuk pendaftaran atau pengambilan derma dari rumah, sila hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073 atau Ustaz Husni Yusof di talian 9675-8787.

5. Pertanyaan lanjut juga boleh diajukan dengan menghubungi talian 9786-6225 atau layari laman http://www.al-imtaq.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >