Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agih infak kepada yang memerlukan di Makkah

Usaha dilakukan agar pemberi infak raih pahala berlipat ganda
Mar 12, 2024 | 5:30 AM
Pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen (tengah), menyaksikan agihan makanan asas kepada ibu tunggal (kiri) oleh ketua yayasan mualaf (kanan) di pesantren di Bali pada Februari. Acara itu adalah untuk memberi makanan asas kepada ibu tunggal dan mualaf di Bali, Indonesia.
Pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen (tengah), menyaksikan agihan makanan asas kepada ibu tunggal (kiri) oleh ketua yayasan mualaf (kanan) di pesantren di Bali pada Februari. Acara itu adalah untuk memberi makanan asas kepada ibu tunggal dan mualaf di Bali, Indonesia. - Foto YUNOS SALAJUDIN OF THEME VISUALS

IbadahSg Pte Ltd mengagihkan infak di Makkah, Arab Saudi, agar pemberi infak dapat meraih peluang mendapatkan pahala berlipat ganda.

“Keutamaan Tanah Suci antaranya adalah dilipatgandakan pahala amal soleh dan dilipatgandakan (keampunan) dosa daripada kemaksiatan,” kata pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen.

IbadahSg adalah salah satu badan untuk menyalurkan infak dan ia mempunyai program infak dengan duit belanja disalur kepada pelajar yang berasal dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Makanan asas turut diberikan kepada pekerja migran yang bertugas di Arab Saudi.

Ia juga mempunyai program wakaf di Masjidil Haram di mana penyumbang bakal mewakafkan Al-Quran, kerusi lipat, dan kerusi roda untuk kegunaan jemaah umrah dan haji yang berada di Masjidil Haram.

Selain Arab Saudi, IbadahSg menyasarkan untuk mengagihkan infak di negara lain seperti Indonesia, Kemboja dan Malaysia pada bulan Ramadan ini khusus buat anak-anak yatim, golongan fakir, miskin, ibu tunggal dan mereka yang lanjut usia.

Ustaz Firdaus mengingatkan bahawa Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang bererti:

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.”

Beliau turut menambah seseorang dianjurkan berkongsi rezeki bila-bila masa saja dan lebih utama lagi dilakukan pada hari-hari istimewa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460, Ustazah Mariah Masruhen di talian 8339-3012 dan Encik Mohd Noh di talian 8399-7390.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg