Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Ihsan Ramadan’ agih bantuan di luar negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IBADAHSG PTE LTD

‘Ihsan Ramadan’ agih bantuan di luar negara

Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Program Ihsan Ramadan kendalian IbadahSg menyasarkan bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim di luar negara, khususnya di Indonesia.

Menerangkan mengapa kumpulan ini diberi keutamaan, pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen, menerangkan bahawa warga Indonesia ini menjalani kehidupan dalam kemiskinan dan serba kekurangan.

“Ini kerana kumpulan ini (warga Indonesia) amat memerlukan dari segi makanan harian atau pendidikan. Sebelum kami memberikan bantuan kepada mereka, kami ada wakil yang pergi ke Indonesia untuk mencatat data orang di kampung atau kawasan yang ingin kami agihkan bantuan. Jadi, wakil ini berikan maklumat siapa yang paling memerlukan bantuan di sana.

“Usia mereka yang mendapat bantuan adalah daripada enam tahun hingga 80 tahun ke atas. Malah, bantuan pernah diberikan kepada seorang nenek yang berumur 102 tahun di Indonesia,” jelas Ustaz Firdaus.

Menurutnya lagi: “Tujuan program Ihsan Ramadan ini adalah membantu meringankan kehidupan mereka yang kurang berkemampuan di luar negara, selain memberi keceriaan pada bulan suci ini, agar dengan usaha kecil ini penderma dapat berkongsi rezeki bersama fakir miskin demi menyucikan hati dan harta mereka.”

IbadahSg sudah 19 tahun menjalankan program kebajikan seperti ini. Sejarahnya bermula pada tahun 2005 apabila Ustaz Firdaus pulang dari Mesir setelah selesai pengajiannya di sana. Beliau terpanggil untuk menjalankan program-program ini kerana pengajian beliau sendiri sehingga tamat di Universiti Al-Azhar merupakan hasil daripada bantuan masyarakat Singapura melalui guru-guru beliau di madrasah.

Lantas, Ustaz Firdaus mahu memberikan kembali kepada mereka yang senasib dengan beliau melalui program yang dijalankan, yang awalnya bermula di Singapura tetapi kini, berlanjutan hingga ke luar negara.

Program untuk tahun ini diluaskan ke sekitar empat buah negara – di Indonesia, Kemboja, Malaysia dan Arab Saudi.

“Untuk di Indonesia dan Kemboja kami beri tumpuan kepada makanan harian dan dana pembelajaran bagi fakir miskin dan anak-anak yatim dan juga ibu-ibu tunggal. Dan di Malaysia kami fokuskan kepada saudara Islam yang baru (mualaf). Di Arab Saudi lebih kepada orang Indonesia yang tinggal di sana dan pelajar-pelajar yang masih belajar di sana,” jelas Ustaz Firdaus.

Tambahnya: “Setiap tahun penerima bantuan semakin bertambah tetapi kami hanya mampu memberikan sekadar apa termampu walaupun masih ramai lagi yang menanti bantuan daripada kami. Kami mengalu-alukan masyarakat Islam Singapura agar menyokong program Ihsan Ramadan ini agar lebih ramai fakir miskin yang dapat kami berikan bantuan.”

Sesiapa yang berminat memberi sumbangan ikhlas, boleh menghubungi Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460, Ustazah Mariah Masruhen di talian 8339-3012 dan Encik Mohd Noh di talian 8399- 7390.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >