AI dan cabaran teknologi jadi ancaman ideologi masa depan
Premium
AI dan cabaran teknologi jadi ancaman ideologi masa depan
Dec 21, 2023 | 5:30 AM
ANCAMAN AI: Firma AI Super Brain yang pakar dalam replika digital orang mati, mencipta video demonstrasi menggunakan kecerdasan buatan pada komputer ribanya di Jiangyin, wilayah Jiangsu di timur China, dengan memainkan rakaman arwah anaknya yang tidak pernah diucapkan oleh anaknya sendiri semasa hidup menggunakan kecerdasan buatan. - Foto AFP
Ancaman yang ditimbulkan oleh kecerdasan buatan (AI), dron dan teknologi pencetakan 3D terhadap keselamatan negara memerlukan respons proaktif yang menuntut pendekatan baru dan lebih dinamik dalam pengurusan keselamatan.
Menurut Dr Kumar Ramakrishna, AI kini menjadi alat yang mampu menghasilkan video ‘deep fake’ – iaitu teknik merubah rupa paras seseorang pada gambar atau video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah – yang realistik dan boleh disiarkan melalui platform video seperti YouTube yang berpotensi menimbulkan konflik antara agama dengan kaum.
Laporan berkaitan
S’pura pertingkat strategi dakap AI; beri tumpuan pupuk bakat, perluas industri Dec 4, 2023 | 8:34 PM
EU capai perjanjian kawal selia ChatGPT, AI TechDec 9, 2023 | 3:13 PM

