Topic followed successfully
Go to BHkuAkses keadilan tonggak asas kompak sosial, pastikan golongan rentan dibela
Akses keadilan tonggak asas kompak sosial, pastikan golongan rentan dibela
May 13, 2026 | 8:37 PM
Akses keadilan tonggak asas kompak sosial, pastikan golongan rentan dibela
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong (dua dari kanan), membincangkan pelaksanaan undang-undang dan fabrik sosial dalam satu sesi dialog bersama (dari kiri) Timbalan Peguam Negara (DAG) Goh Yihan; Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pro Bono SG, Cik Cai Chengying, selaku moderator. - Foto BH oleh AMIRA SYAHEERA AZLAN
Akses kepada keadilan adalah asas bagi memastikan golongan rentan dan berpendapatan rendah dapat memperoleh pembelaan undang-undang.
Sambil memetik contoh seperti menaikkan had kelayakan bantuan guaman sivil, melembagakan Pejabat Peguam Bela Awam (PDO) dan menyokong inisiatif pro bono berasaskan masyarakat, Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong, menambah bantuan guaman dan pembelaan awam bukanlah isu sampingan.
Laporan berkaitan
Pelantikan Faizal sebagai Hakim Mahkamah Tinggi kisah inspirasi bagi anak mudaMar 15, 2026 | 5:30 AM
Mohamed Faizal dilantik Hakim Mahkamah Tinggi baharuMar 9, 2026 | 3:10 PM
