Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aktiviti di ruang udara akan dihad sempena F1

Sep 13, 2024 | 4:48 PM
Langkah diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai, serta memudahkan liputan acara tersebut yang akan dilakukan melalui penggambaran udara dari helikopter berketinggian rendah.
Langkah diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai, serta memudahkan liputan acara tersebut yang akan dilakukan melalui penggambaran udara dari helikopter berketinggian rendah. - Foto REUTERS

Kegiatan di ruang udara, termasuk menerbangkan pesawat tanpa pemandu seperti dron dan layang-layang, serta menaikkan belon, kecuali jika diluluskan, akan dihadkan di sebahagian ruang angkasa Singapura dari 19 hingga 23 September berikutan acara Grand Prix Formula Satu (F1).

Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai, serta memudahkan liputan acara tersebut yang akan dilakukan melalui penggambaran udara dari helikopter berketinggian rendah, jelas Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada 13 September.

Perlumbaan Grand Prix Singapura itu akan berlangsung dari 20 hingga 22 September. 

Kawasan larangan sementara itu termasuk Marina Bay Sands, Little India, Sungai Kallang, Bendungan Marina serta Tiong Bahru, dan menjangkau dari aras bawah ke 4,000 kaki (1,220 meter) atas paras laut.

Larangan itu akan akan berkuat kuasa dari 2.30 petang hingga 12 tengah malam 19 September; dari 4.30 petang pada 20 September hingga 12.30 malam pada 21 September; dari 4 petang pada 21 September hingga 1.30 pagi pada 22 September; dan pada 4 petang pada 22 September hingga 1.30 pagi pada 23 September. 

CAAS mengingatkan bahawa menjalankan kegiatan udara tanpa permit sepanjang tempoh larangan sementara itu adalah satu kesalahan di bawah Perintah Navigasi Udara (ANO) dan Peraturan Navigasi Udara 2019 (101 – Operasi Pesawat Tanpa Pemandu) (ANR-101).

Mereka yang disabit kesalahan melanggar peraturan ANO boleh didenda sehingga $20,000 bagi kesalahan pertama.

Bagi pesalah berulang, mereka boleh didenda sehingga $40,000, penjara sehingga 15 bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama di bawah ANR-101, pesalah boleh didenda sehingga $50,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pesalah berulang, mereka boleh didenda sehingga $100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Larangan sedia ada ke atas pengemudian kegiatan di ruang udara dan pesawat tanpa pemandu dalam jarak lima kilometer dari aerodrom, kawasan bahaya, kawasan larangan, kawasan sekatan dan kawasan perlindungan, kekal berkuat kuasa, tambah CAAS.

Orang ramai boleh merujuk ke laman web, OneMap.sg atau aplikasi OneMap untuk maklumat lanjut mengenai kawasan kegiatan di ruang udara dan pesawat tanpa pemandu dilarang atau memerlukan permit.

Maklumat lanjut mengenai kawasan larangan khusus sepanjang acara Grand Prix F1 2024, boleh didapati di laman web, www.singaporegp.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg