Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Al-Falah Academy SG bantu penduduk di tempat terpencil India, Indonesia

Apr 27, 2025 | 5:30 AM
Al-Falah Academy SG, Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz,
Pengasas Al-Falah Academy SG, Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz, memeriksa haiwan bagi memastikan haiwan untuk ibadah korban itu sihat dan bebas daripada penyakit di ladang ternakan di Indonesia. Foto dirakam pada 2024. - Foto AL-FALAH ACADEMY SINGAPORE (AFASG)

Al-Falah Academy Singapore (AFASG) merupakan satu-satunya badan yang menjalankan ibadah korban di Magelang, Indonesia, dan Arcot di India demi membantu penduduk miskin dan memerlukan di sana.

Menurut pengasasnya, Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz:

“Ramai yang mempunyai tanggapan salah bahawa menjadi perkara biasa melihat setiap badan membantu Indonesia dan India.

“Namun, mereka sering gagal menyedari bahawa India dan Indonesia adalah tempat yang luas dan masih terdapat banyak tempat yang tidak mendapat bantuan.”

Dengan itu, katanya, sokongan daripada warga Singapura benar-benar diperlukan kerana tiada sebarang bantuan lain yang sampai ke tempat-tempat itu.

Ustaz Ferozudeen akan turun sendiri ke kawasan itu bagi memastikan semua kerja berjalan lancar seperti yang dirancang.

Beliau bertungkus lumus dalam merancang, menyediakan, malah menyembelih setiap ternakan bagi menunaikan amanah yang diberikan.

Beliau menekankan melaksanakan ibadah korban perlu mengikut adab dengan menjaga kebajikan kambing dan memastikan haiwan itu mendapat makanan dan tempat tinggal yang mencukupi.

Antara langkah yang diamalkan termasuk menggunakan tirai untuk menghalang haiwan hidup daripada melihat haiwan lain yang disembelih; menggantung haiwan dengan kepala ke bawah bagi memastikan darah mengalir keluar sepenuhnya; menyembelih dengan pantas dan cekap; serta membersihkan kesan darah di atas meja sebelum penyembelihan berikutnya dilakukan.

Langkah itu dilaksanakan bagi memastikan proses penyembelihan yang lebih berperikemanusiaan, bersih dan selaras dengan prinsip kebajikan haiwan.

“Setiap peserta akan menerima foto dan video sebelum dan selepas haiwan mereka disembelih melalui WhatsApp.

“Dengan cara ini peserta dapat menyaksikan bagaimana ibadah mereka dijalankan,” jelas Ustaz Ferozudeen.

AFASG turut menawarkan korban di Australia.

Penyembelihan akan dilaksanakan di negara itu dan diterbangkan ke Singapura.

Ia divakum lalu dibungkus dengan seberat sekilogram satu pek, dan dihantar secara percuma ke rumah peserta korban bagi mereka yang memilih untuk mengambil dua pertiga daripada daging korban mereka.

Mereka juga akan diberikan satu cawan kopi percuma.

Tahun 2025 ini, AFASG menggalakkan peserta berkongsi dua pertiga atau keseluruhan daging korban mereka untuk diagihkan kepada jiran, saudara-mara dan rakan-rakan.

Mereka yang ingin melakukan korban di Indonesia dialu-alukan agar mengambil 250 gram daging lembu goreng yang diberikan secara percuma oleh Premium Butchery SG Meat Shop (PBSG Meat Shop) yang diuruskan oleh Ustaz Ferozudeen sendiri.

Bungkusan vakum akan disediakan di PBSG Meat Shop di 11 Dunlop Street bersebelahan Masjid Abdul Gafoor.

Kedai itu menjual daging halal, sayur-sayuran dan barangan serbaneka serta bahan dapur.

Ia turut menawarkan penghantaran ke rumah secara percuma di seluruh negara.

Anda boleh membuat pesanan barangan runcit di www.premiumbutchery.sg

AFASG menawarkan harga korban sebanyak $160 untuk seekor kambing di Indonesia dan $595 untuk seekor lembu di India.

Bagi korban di Australia, harganya $340 untuk seekor kambing dan $350 untuk seekor kambing biri-biri.

Untuk keterangan lanjut, sila lungsuri pautan, linktr.ee/afa.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg