SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Al-Falah Academy SG sasar beri daging korban kepada 11,000 famili miskin Indonesia

Al-Falah Academy SG sasar beri daging korban kepada 11,000 famili miskin Indonesia

Apr 17, 2026 | 5:30 AM

Al-Falah Academy SG sasar beri daging korban kepada 11,000 famili miskin Indonesia

ibadah korban
Pengagihan beras daripada infak dan fidyah oleh Al-Falah Academy SG (AFASG) kepada keluarga memerlukan di Kemboja pada hujung 2025. - Foto AL-FALAH ACADEMY SG (AFASG)

Tiga haiwan korban dalam satu resit. Itulah tawaran ibadah korban menarik oleh Al-Falah Academy SG (AFASG) bagi 2026.

Pengasas AFASG, Ustaz Muhammad Ferozudeen Al-Hafiz, berkata: “Kami menyediakan tawaran istimewa buat pelanggan, iaitu Sahibul Korban, atau orang yang melakukan ibadah korban, yang memilih melaksanakan ibadah korban bersama kami.

“Untuk setiap tempahan tiga ekor haiwan korban dalam satu resit, pelanggan akan menerima satu kilogram beras basmati premium, yang akan dihantar terus ke pintu rumah mereka.”

Matlamat utama AFASG ialah mengagihkan makanan kepada 11,000 keluarga miskin di Indonesia.

“Musim ibadah korban kali ini, lebih ramai keluarga di Indonesia akan mendapat manfaat. Bukan daging korban sahaja, malah AFASG akan menyumbang satu kilogram beras bagi setiap keluarga yang menerima daging korban.

“AFASG bukan sekadar memberi makan, bahkan membina asas pemakanan dan menyemai harapan. Untuk mencapai sasaran 11,000 keluarga ini, sokongan dan kerjasama padu daripada masyarakat amat kami perlukan,” ujar Ustaz Ferozudeen.

Beliau menekankan kepentingan mengagihkan daging korban kepada golongan kurang bernasib baik di Indonesia.

“Daging adalah santapan mewah yang jarang sekali dapat dinikmati oleh kebanyakan saudara kita di Indonesia. Ada orang beranggapan sumbangan daripada pertubuhan tempatan mencukupi, namun hakikatnya ialah Indonesia adalah sebuah negara yang besar. Banyak kawasan, terutamanya di pergunungan, masih belum tersentuh,” jelas Ustaz Ferozudeen.

Ibadah korban yang dikendalikan AFASG dilaksana mengikut panduan sunah yang ketat. Penyembelihan haiwan korban dilakukan oleh Ustaz Ferozudeen sendiri. Daging korban kemudian diagih kepada golongan memerlukan sebagai hidangan lengkap berprotein tinggi untuk dinikmati seisi keluarga.

“Untuk menggapai impian kami bukan mudah. Namun, dengan sokongan utuh daripada masyarakat Islam Singapura, ia pasti dapat dicapai,” kata beliau.

Selain itu, AFASG juga melaksanakan ibadah korban lembu di Kemboja dan korban kambing di Malawi, Afrika.

SEKILAS:

• Tempahan ibadah korban melalui AFASG boleh dibuat terus melalui laman web rasmi: https://alfalahacademy.sg

• Untuk maklumat lanjut mengenai program AFASG atau penyertaan ibadah korban tahun ini, sila hubungi atau WhatsApp ke talian 8522-4534.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg