Amos Yee didakwa di mahkamah S’pura selepas dihantar pulang dari AS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amos Yee didakwa di mahkamah S’pura selepas dihantar pulang dari AS

Dia didakwa di bawah Akta Pendaftaran kerana gagal hadir pemeriksaan perubatan daftar NS
Mar 20, 2026 | 3:24 PM

Amos Yee didakwa di mahkamah S’pura selepas dihantar pulang dari AS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Amos Yee, amos yee dihantar pulang 2026, Akta Pendaftaran Singapura, Amos Yee NS, pesalah seks kanak-kanak AS, berita mahkamah Singapura
Amos Yee telah dihantar pulang dari Amerika Syarikat pada 19 Mac dan dikenakan tiga pertuduhan di bawah Akta Pendaftaran. - Foto ILLINOIS DEPARTMENT OF CORRECTIONS

Amos Yee dihadapkan ke mahkamah pada 20 Mac dengan tiga pertuduhan di bawah Akta Kerahan, tanpa diberikan ikat jamin.

Yee, 27 tahun, seorang pesalah seks kanak-kanak, telah dihantar pulang dari Amerika Syarikat pada 19 Mac.

Dia muncul di mahkamah melalui pautan video pada sekitar 11.50 pagi.

Pihak pendakwaan membuat permohonan agar Yee direman di Penjara Changi untuk siasatan lanjut, yang diluluskan oleh hakim.

Yee memberitahu mahkamah bahawa dia tidak akan melantik peguam.

Menurut kertas pertuduhan, Yee yang tertakluk kepada Akta Kerahan, telah meninggalkan Singapura tanpa permit keluar yang sah dari 15 Disember 2016 hingga 19 Mac 2026 – tempoh yang menjangkau sembilan tahun, tiga bulan dan empat hari.

Dia juga dituduh gagal hadir untuk pemeriksaan perubatan dari 26 April 2016 hingga 19 Mac 2026.

Kesnya akan didengar semula pada 26 Mac.

Menjelang penghantaran pulangnya, Yee telah dipindahkan ke pelbagai kemudahan Penguatkuasa Imigresen dan Kastam (Ice) Amerika, dengan yang terkini pada 18 Mac apabila dia dihantar ke Broadview Service Staging Area di Illinois.

Rekodnya di laman web Ice telah dipadamkan pada 19 Mac, dan seorang wakil mengesahkan bahawa Yee “telah dipindahkan dari Amerika”.

Yee gagal hadir untuk pemeriksaan perubatan prapendaftaran perkhidmatan negara (NS) dan kekal berada di luar negara tanpa permit keluar yang sah selepas meninggalkan negara ini menuju Amerika pada Disember 2016 untuk memohon suaka.

Pesalah yang melanggar peraturan kerahan NS boleh dikenakan denda sehingga $10,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan dalam kenyataan pada 20 Mac bahawa pegawai pengerahan dari Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) telah menangkap Yee setibanya di Lapangan Terbang Changi.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan dokumen identiti kepadanya bagi memudahkan kepulangannya, sebagai pengganti pasport Singapura yang sah, yang tidak lagi dimilikinya.

Yee melarikan diri ke Amerika selepas berulang kali berdepan pihak berkuasa di Singapura kerana komen kontroversi yang menghina penganut Kristian dan Islam.

Pada Mac 2018, dia diberi suaka, dan pada September 2018, dibebaskan dari tahanan Ice.

Dia telah dijatuhkan hukuman pada 2 Disember 2021.

Belum genap separuh hukuman penjaranya selama enam tahun, dia dibebaskan dengan parol pada 7 Oktober 2023, namun ditangkap semula sebulan kemudian. 

Walaupun sebabnya tidak diketahui, dipercayai beliau telah melanggar syarat parol yang dikenakan ke atasnya, antaranya larangan menggunakan Internet tanpa kebenaran pihak berkuasa, serta larangan berada berhampiran tempat yang kerap dikunjungi kanak-kanak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg