Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Analisis DNA penyu sisik mampu dedah rahsia laluan hidup haiwan

Aug 7, 2023 | 5:30 AM
SEDIA HIJRAH: Anak penyu sisik sedang menuju ke laut di Pantai East Coast pada 17 Julai lalu selepas ia menetas dan keluar dari sarangnya. 
SEDIA HIJRAH: Anak penyu sisik sedang menuju ke laut di Pantai East Coast pada 17 Julai lalu selepas ia menetas dan keluar dari sarangnya.  - Foto ST

Rahsia yang terbongkar daripada DNA penyu sisik boleh buat kali pertama, mampu mengesan dengan tepat ke mana haiwan itu pergi untuk menetas dan mencari makanan.

Malah, kajian DNA mungkin mampu mendedahkan apa yang berlaku selepas telur penyu menetas dan ke mana arah tuju anak-anak penyu itu apabila ia mula mengembara ke dasar laut, lapor akhbar The Straits Times (ST).

KE MANA ARAH TUJU SETERUSNYA?: Para penyelidik berharap kajian DNA mampu mendedahkan apa yang berlaku selepas telur penyu menetas.
KE MANA ARAH TUJU SETERUSNYA?: Para penyelidik berharap kajian DNA mampu mendedahkan apa yang berlaku selepas telur penyu menetas. - Foto ST

Penyelidik dari Pusat bagi Kejuruteraan Sains Hayat Persekitaran Singapura (SCELSE) dan Sekolah Alam Sekitar Asia (ASE) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang terlibat dalam usaha penyelidikan itu berkata, analisis DNA menjangkaui usaha penyelidikan semasa, yang bergantung pada penjejak satelit yang diikat pada haiwan yang kini di ambang kepupusan itu.

Penolong Profesor Kim Hie Lim, 42 tahun, dari ASE berkata, terdapat had penggunaan penjejak satelit yang diikat pada bahagian belakang penyu itu, antaranya termasuk hayat bateri, lampiran dan kegagalan antena, hakisan air masin serta kematian penyu.

“Adalah sangat penting, sebagai saintis, untuk memahami di mana mereka pergi untuk bertelur, di mana mereka mencari makanan dan di mana mereka tinggal apabila mereka membesar, dan sampel genetik lebih mudah diakses untuk menghasilkan data lebih tepat.

“Terdapat banyak maklumat yang masih belum diperolehi dan di sinilah genetik memainkan peranan amat penting,” katanya


SI COMEL DIPERIKSA: Seekor anak penyu sisik sedang diperiksa oleh pasukan pemuliharaan Lembaga Taman Negara (NParks) berhampiran tapak penetasan di East Coast Park, untuk menentukan tahap kesihatan mereka.
SI COMEL DIPERIKSA: Seekor anak penyu sisik sedang diperiksa oleh pasukan pemuliharaan Lembaga Taman Negara (NParks) berhampiran tapak penetasan di East Coast Park, untuk menentukan tahap kesihatan mereka. - Foto ST

Menurut Dana Kehidupan Liar Sedunia (WWF), bilangan penyu sisik merosot lebih 80 peratus di seluruh dunia dalam jangka masa seabad lalu.

Terdapat kesukaran dalam menilai saiz populasi haiwan ini dengan tepat, tetapi dianggarkan terdapat lebih daripada 8,000 penyu sisik betina bersarang di seluruh dunia.

Baru-baru ini, sekitar 120 anak penyu sisik yang sangat terancam berjaya menetas dan keluar dari sarang mereka di Pantai East Coast, lalu menuju ke laut.

SPESIES TERANCAM: Bilangan penyu sisik di serata dunia terus merosot dengan Dana Kehidupan Liar Sedunia (WWF) menganggarkan sebanyak 8,000 penyu sisik betina bersarang di seluruh dunia. 
SPESIES TERANCAM: Bilangan penyu sisik di serata dunia terus merosot dengan Dana Kehidupan Liar Sedunia (WWF) menganggarkan sebanyak 8,000 penyu sisik betina bersarang di seluruh dunia.  - Foto MAX KHOO

Mereka berbuat demikian di bawah pengawasan pegawai pemuliharaan Lembaga Taman Negara (NParks).

Ini merupakan kali pertama tahun ini penyu menetas dari sarang yang dipantau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg