Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dedikasi pekerja laksana tugas di S’pura

May 2, 2024 | 5:30 AM
Kapten bas dengan teliti memeriksa cermin belakang demi keselamatan penumpang yang menaiki bas di Sims Avenue.
Kapten bas dengan teliti memeriksa cermin belakang demi keselamatan penumpang yang menaiki bas di Sims Avenue. - Foto-foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Wartawan foto Berita Harian, Encik Shafiq Apandi, merakamkan tugas harian pekerja di Singapura dalam siri gambar sempena Hari Pekerja.

Foto berikut memaparkan kepelbagaian dan dedikasi tenaga kerja pelbagai sektor – daripada pekerja binaan di tapak pembinaan sehingga anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam menjalani tugas harian mereka.

Koleksi sempena Hari Pekerja ini memberi penghormatan kepada para pekerja dalam memastikan Singapura terus berfungsi sebagai bandar bertaraf dunia.

Pekerja sanitasi dengan cekap membuang sampah ke dalam trak angkut sampah di Serangoon Road.
Pekerja sanitasi dengan cekap membuang sampah ke dalam trak angkut sampah di Serangoon Road. -
Pekerja perbandaran gigih mencantas pokok di tepi jalan demi mengekalkan kehijauan bandar di kawasan Bedok North Road.
Pekerja perbandaran gigih mencantas pokok di tepi jalan demi mengekalkan kehijauan bandar di kawasan Bedok North Road. -
Seorang jurujual yang bertugas di kedai runcit, 7-Eleven mengurus kaunter wang dan memberi perkhidmatan pelanggan yang cekap dan mesra.
Seorang jurujual yang bertugas di kedai runcit, 7-Eleven mengurus kaunter wang dan memberi perkhidmatan pelanggan yang cekap dan mesra. -
Pekerja pembersihan sibuk mengeluarkan daun yang gugur dari longkang di tepi jalan. Langkah itu penting bagi mengelakkan longkang daripada tersumbat dan meningkatkan risiko banjir.
Pekerja pembersihan sibuk mengeluarkan daun yang gugur dari longkang di tepi jalan. Langkah itu penting bagi mengelakkan longkang daripada tersumbat dan meningkatkan risiko banjir. -
Pekerja stesen minyak Shell di Lorong 1 Toa Payoh sedang mengisi minyak ke dalam kereta.
Pekerja stesen minyak Shell di Lorong 1 Toa Payoh sedang mengisi minyak ke dalam kereta. -
Sekumpulan pekerja pejabat melintas jalan raya dekat Cecil Street semasa waktu rehat makan tengah hari.
Sekumpulan pekerja pejabat melintas jalan raya dekat Cecil Street semasa waktu rehat makan tengah hari. -
Kerja penyenggaraan sedang dilakukan dengan seorang pekerja kelihatan sedang mengecat bumbung tingkat dua di Blok 119, Bedok Reservoir Road.
Kerja penyenggaraan sedang dilakukan dengan seorang pekerja kelihatan sedang mengecat bumbung tingkat dua di Blok 119, Bedok Reservoir Road. -
Anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bertindak dengan menyediakan perkhidmatan perubatan penting semasa berlakunya kecemasan di Blok 7, King George’s Avenue.
Anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bertindak dengan menyediakan perkhidmatan perubatan penting semasa berlakunya kecemasan di Blok 7, King George’s Avenue. -
Penjual ikan sedang menyusun ikan yang hendak dijual, di tempat letak kereta Pasar Geylang Serai demi memastikan mutu terjamin.
Penjual ikan sedang menyusun ikan yang hendak dijual, di tempat letak kereta Pasar Geylang Serai demi memastikan mutu terjamin. -
Tiga pekerja melakukan penyenggaraan paip air pada lubang jalan, agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Tiga pekerja melakukan penyenggaraan paip air pada lubang jalan, agar ia dapat berfungsi dengan baik. -
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg