Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anugerah Kemajuan ITE kurangkan stigma pendidikan berasaskan kemahiran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Kemajuan ITE kurangkan stigma pendidikan berasaskan kemahiran

Feb 26, 2024 | 07:12 PM



Inisiatif menggalak pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) meneruskan pengajian dan menamatkan diploma merupakan langkah penting ke arah usaha mengurangkan stigma berkait pendidikan teknikal dan bukan sekadar rangsangan kewangan.

Ia juga memberi isyarat penting akan hala tuju Singapura ke arah menyediakan peluang yang lebih saksama bagi individu daripada latar belakang akademik berbeza.

Di bawah Anugerah Kemajuan ITE itu, lulusan ITE berusia 30 tahun ke bawah akan menerima tokokan $5,000 dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) apabila mereka menyertai program diploma, dan setelah berjaya meraih diploma itu, mereka akan diberi tokokan $10,000 ke dalam Akaun Biasa Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.

Namun, dalam memastikan inisiatif tersebut berkesan dalam perlaksanaannya, Anggota Parlimen (AP) menggesa pemerintah menjelaskan butiran serta mengkaji respons pelajar ITE terhadap langkah tersebut dan pada masa yang sama mengimbangi kos serta kesannya dengan teliti.

Inisiatif tersebut telah diketengahkan dan dibincangkan semasa bahas Belanjawan di Parlimen pada 26 Februari.

Menyentuh tentang langkah tersebut semasa bahas Belanjawan di Parlimen, Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) berkata ia merupakan batu loncatan penting dalam landskap pendidikan dan pembangunan tenaga kerja Singapura.

“Ia menandakan perubahan penting ke arah peluang lebih saksama bagi kemajuan kerjaya untuk lulusan ITE.

“Langkah ini juga bukan sekadar rangsangan kewangan, ia kenyataan penting dalam menolak stigma yang secara tradisional berkait dengan pendidikan berasaskan kemahiran, langsung mengesahkan lagi nilainya dalam ekonomi kita,” kata Dr Wan Rizal.

Menurutnya lagi, anugerah tersebut menolak tanggapan bahawa kejayaan hanya dicapai dengan segulung ijazah dan meraikan sumbangan individu yang mempunyai latihan teknikal dan vokasional.

“Langkah mengiktiraf dan memberi ganjaran setimpal bagi pengalaman praktikal dan kemahiran penting untuk merapatkan jurang gaji,” kata Dr Wan Rizal.

Dengan memastikan lulusan ITE mempunyai peluang saksama untuk maju dalam kerjaya dan diberi ganjaran yang setimpal, ia memberi isyarat akan nilai masyarakat yang lebih inklusif serta penghargaan kepelbagaian kemahiran.


Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) pula berkata pemerintah telah mengambil langkah yang “berani dan berpotensi mengubah keadaan” dalam mengumumkan langkah tersebut, namun perlu menjelaskan butiran perlaksanaannya dengan baik.

“Masih kurang jelas berapa ramai yang layak menyertai kursus diploma yang khusus ini... sama ada mereka akan diberi bimbingan kerjaya yang mencukupi bagi memastikan (kursus yang diambil) selaras dengan kekuatan mereka dan juga keperluan pasaran pekerjaan,” kata Cik Phua.

Isu keberkesanan rangsangan kewangan tersebut dalam mendorong pelajar ITE meneruskan pengajian mereka ke peringkat diploma turut diketengahkan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa.

Menurutnya, sekitar 28 peratus lulusan ITE layak menyertai kursus di politeknik setiap tahun, dan kebanyakan yang layak akan meneruskan pengajian mereka ke peringkat diploma.

“Justeru, anugerah tersebut mempunyai skop terhad dalam menggalak lebih ramai melakukan demikian,” kata Cik Poa.

Beliau turut menyenaraikan beberapa langkah yang dianggap dapat membantu lulusan ITE dengan lebih berkesan. Antaranya ialah menyemak kriteria kelayakan menyertai kursus politeknik dengan mengiktiraf pengalaman bekerja dan bukan sekadar berdasarkan markah atau GPA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >