Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lorong automatik akan dikhaskan bagi warga S’pura, PR di pusat pemeriksaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lorong automatik akan dikhaskan bagi warga S’pura, PR di pusat pemeriksaan

Mulai separuh kedua 2024, semua pelawat asing – tanpa mengira kewarganegaraan – akan dapat menggunakan lorong automatik imigresen di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut Singapura
Feb 26, 2024 | 06:52 PM



Walaupun semua pelawat asing akan mendapat akses kepada pelepasan imigresen automatik akhir tahun ini, beberapa lorong tetap akan dikhaskan untuk warga Singapura dan penduduk tetap.

Bahagian lorong khusus itu akan “dilaraskan secara fleksibel untuk memenuhi keperluan operasi semasa, dengan mengambil kira profil pengembara”, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen pada 26 Februari, sebagai menjawab soalan Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio).

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengumumkan awal bulan ini bahawa mulai separuh kedua 2024, semua pelawat asing – tanpa mengira kewarganegaraan – akan dapat menggunakan lorong automatik imigresen di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut.

Mereka tidak perlu mendaftar di lorong biasa terlebih dahulu dan tidak perlu menunjukkan pasport mereka apabila mahu keluar meninggalkan Singapura.

Pada masa ini, hanya penduduk Singapura dan pelawat asing dari 60 bidang kuasa, boleh menggunakan lorong ini untuk memasuki negara ini.

Pada 2023, 160 lorong automatik telah ditambah di pusat pemeriksaan Singapura.

Lagi 230 akan dipasang tahun ini untuk menampung peningkatan jumlah pelancong, kata ICA.

Lebih 192 juta pengembara menggunakan pusat pemeriksaan Singapura pada 2023, peningkatan sebanyak 84 peratus atau 88 juta lebih orang, berbanding 2022.

Semasa tempoh cuti sekolah dan cuti umum, jumlah pengembara di pusat pemeriksaan darat melebihi paras sebelum Covid-19, mencecah kira-kira 440,000 setiap hari.

Encik David kemudian bertanya apakah langkah yang diambil untuk membantu beberapa rakyat Singapura, terutamanya keluarga yang mempunyai anak kecil yang tidak boleh menggunakan lorong automatik.

Menjawab soalannya, Dr Faishal berkata pada masa ini terdapat lorong automatik di dewan penumpang tertentu di Lapangan Terbang Changi untuk kumpulan keluarga dan pengguna kerusi roda.

Lorong Bantuan Khas ini telah dilaksanakan pada penghujung 2022, menjadikan Singapura negara pertama di dunia yang memperkenalkan lorong automatik bagi berbilang pengembara untuk melakukan pelepasan imigresen sebagai satu kumpulan.

“Kami akan terus melihat bagaimana kami boleh meningkatkan proses perjalanan warga Singapura,” tambah Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >