AP gesa pemerintah percepat salur bantuan kepada firma, pekerja
Premium
AP gesa pemerintah percepat salur bantuan kepada firma, pekerja
Dewan mahu bayaran Skim Bantuan Pekerjaan dibayar lebih pantas, tokokan bagi Kredit SkillsFuture dipercepat
Feb 27, 2020 | 5:30 AM
MEMENUHI KEPERLUAN TENAGA KERJA TEMPATAN: Penekanan pemerintah terhadap pekerjaan dan gaji diberikan dalam Belanjawan tahun ini kerana banyak syarikat sudah pun melihat pendapatan mereka merosot dan pekerjaan mungkin terjejas.- Foto fail -
BEBERAPA Anggota Parlimen (AP) menyuarakan harapan agar bantuan diberikan kepada pekerja dan firma dipercepatkan agar mereka dapat memanfaatkannya lebih awal dalam keadaan ekonomi yang tertekan ketika ini akibat penularan Covid-19.
Dalam perbahasan Belanjawan hari pertama semalam, Anggota Parlimen (AP) seperti Encik Liang Eng Hwa (GRC Holland-Bukit Timah) dan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) menggalakkan agar bayaran Skim Bantuan Pekerjaan dibayar lebih pantas dari Julai tahun ini.

