Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

AP gesa pemerintah tinjau cara kurangi kesan penutupan Akaun Khas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP gesa pemerintah tinjau cara kurangi kesan penutupan Akaun Khas

Feb 26, 2024 | 08:26 PM



Bagi mengurangkan kesan penutupan Akaun Khas (SA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF), Anggota Parlimen (AP) menggesa pemerintah supaya menimbang isu keperluan persaraan dan keperluan kewangan jangka panjang terutama bagi mereka yang sudah mencecah 55 tahun.

Beberapa AP menyuarakan keprihatinan mereka mengenai penutupan SA bagi individu berusia 55 tahun semasa bahas Belanjawan di Parlimen pada 26 Februari, termasuk bagaimana langkah itu menjejas perancangan persaraan mereka.

Antara AP yang menyentuh isu tersebut ialah Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) yang menyarankan supaya skim tersebut dikekalkan bagi mereka yang kini sudah mencapai usia 55 tahun untuk “berlaku lebih adil”.

“Meskipun saya menyokong rasional di sebalik langkah tersebut, penutupan akaun SA secara tiba-tiba boleh menjejas ramai warga emas berpendapatan sederhana,” kata Cik Foo.

Beliau turut menekankan ramai warga emas akan bergantung kepada simpanan CPF sebagai sumber utama kewangan selepas persaraan.

“Perubahan mendadak ini menjejas perancangan persaraan mereka,” kata beliau.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, berkata perubahan tersebut akan menjejas “perancangan persaraan ramai warga Singapura yang tidak lagi boleh menikmati kadar faedah CPF dan fleksibiliti untuk mengeluarkan wang CPF pada masa yang sama.”

Berhubung isu itu, Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) menekankan kesan perubahan tersebut terhadap perancangan persaraan.

Mendedahkan isu yang dihadapi penduduk di kawasannya, Encik Yip berkata: “Perancangan selama bertahun berdasarkan kadar faedah SA yang lebih tinggi terjejas, dan kini mereka mempunyai masa yang terhad untuk menyesuaikan diri.”

“Pilihan mengeluarkan wang yang terhad yang ditawarkan Akaun Persaraan (RA) menimbulkan keprihatinan akan akses kepada dana kecemasan, tidak seperti SA yang mempunyai lebih banyak fleksibiliti,” tambah Encik Yip.

Beliau menggesa pemerintah meninjau cara “mengurangkan kesan penutupan SA” terutama berkaitan fleksibiliti mengeluarkan wang.

Encik Louis Chua (GRC Sengkang) dari Parti Pekerja pula berkata langkah penutupan SA merupakan kemunduran daripada usaha memastikan keperluan persaraan yang mencukupi, dan mengulangi gesaan supaya kadar faedah dinaikkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >