Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Belanjawan penuhi keperluan warga S’pura, perniagaan: AP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan penuhi keperluan warga S’pura, perniagaan: AP

Sokongan lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), SkillsFuture dan CPF antara isu dibahaskan
Feb 26, 2024 | 08:21 PM



Anggota Parlimen (AP) menyambut baik Belanjawan 2024 yang disifatkan mereka sebagai memenuhi keperluan jangka pendek dan sederhana warga Singapura dan perniagaan.

Pada masa yang sama, para AP dari kedua-dua belah pihak membangkitkan pelbagai isu – dari perubahan pada Tabung Simpanan Pekerja (CPF), sokongan kepada lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) hingga sokongan bagi pekerja pertengahan kerjaya melalui SkillsFuture – semasa dewan bersidang bagi membahaskan pembentangan Belanjawan di Parlimen pada 26 Februari.

Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) berkata, Belanjawan kali ini mencerminkan banyak aspek Melakar Hala Tuju Singapura.

“Terdapat inisiatif utama membangunkan warga kita, melabur dalam keupayaan dan keselamatan jangka sederhana dan panjang, menyokong keluarga dan warga emas serta membina masyarakat yang lebih adil dan saksama,” katanya.

Menyentuh pengumuman Belanjawan 2024 berkaitan Program Peningkatan SkillsFuture, beliau berkata ia sangat membantu mengurangkan kos ekonomi bagi latihan.

Subsidi dipertingkat bagi pekerja pertengahan kerjaya untuk mendapatkan diploma tambahan “juga boleh membantu menghasilkan lebih banyak PMET (karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen); dan dengan itu kurangkan keperluan masa depan bagi lebih banyak pekerja Pas S dan Pas Pekerjaan (EP).”

Namun beberapa AP turut melahirkan kerisauan tentang kurangnya pekerja yang mahu meningkatkan kemahiran atau mempertimbangkan pertukaran pertengahan kerjaya melalui skim tersebut.

Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio) berkata, antara cabaran yang dikongsi penduduknya tentang mengapa mereka tidak memanfaatkan kredit SkillsFuture ialah kesuntukan masa untuk menghadiri kursus yang disediakan.

“Saya ingin bertanya bagaimana pemerintah boleh terus menyokong majikan untuk membolehkan pekerja mereka yang bermotivasi untuk menaik taraf, diberi lebih banyak cuti latihan dan cuti untuk mengikuti kursus peningkatan kemahiran, lebih-lebih lagi untuk memulakan satu lagi program diploma sepertimana yang dibolehkan tokokan itu,” tanya Cik Ng.

Sokongan kepada lulusan ITE dalam bentuk Anugerah Kemajuan ITE juga disambut baik AP termasuk daripada parti pembangkang.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa menyarankan adalah lebih baik membantu lulusan ITE dengan membantu mereka layak masuk ke politeknik.

“Keperluan kemasukan boleh disemak untuk mengenali nilai pengalaman kerja yang berkaitan dan bukan hanya GPA (gred purata mata).

“Mereka yang putuskan untuk mengambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ untuk melayakkan diri ke politeknik juga harus disokong.

“Ini boleh dilakukan melalui mempromosi atau mengembangkan kursus Pendidikan Am ITE, atau sediakan geran pendidikan kepada mereka yang berbuat demikian sebagai calon persendirian,” ujarnya.

Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh pula menggesa pemerintah menjadi lebih telus dan terbuka dengan maklumat supaya warga Singapura boleh mengambil bahagian secara bermakna dalam perkara kritikal.

Beliau merujuk kepada laporan berita di mana ahli ekonomi sektor swasta melahirkan kebimbangan mengenai gabungan pemberian wang tunai yang besar dengan kekurangan maklumat mengenai sumber kekuatan fiskal Singapura.

“Warga Singapura perlu tahu berapa banyak yang ada untuk dibelanjakan dan dari mana wang itu datang. Ini adalah keperluan asas untuk mengadakan perbincangan rasional mengenai perkara fiskal dan untuk mewujudkan visi realistik atau alternatif,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut memberi saranan tentang tokokan kredit SkillsFuture, menganggapnya “satu dasar yang penting”.

Bahas Belanjawan dijangka berlangsung sehingga Rabu sebelum perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) berlangsung. Seramai 56 AP dijangka menyertai perbahasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >