Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP lawat, tinjau operasi bilik berita BH

Feb 14, 2024 | 6:18 PM
Sekumpulan Anggota Parlimen (AP) Melayu melawat pejabat Berita Harian (BH). (Dari kiri) Editor Cetak, Encik Puad Ibrahim; Editor BH/BM, Encik Nazry Mokhtar; AP Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol); Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar); Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh); Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio); Editor Audiens dan Pertumbuhan, Cik Norhaiza Hashim; Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan Editor Produk, Encik Adli Yashir Kuchit.
Sekumpulan Anggota Parlimen (AP) Melayu melawat pejabat Berita Harian (BH). (Dari kiri) Editor Cetak, Encik Puad Ibrahim; Editor BH/BM, Encik Nazry Mokhtar; AP Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol); Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar); Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh); Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio); Editor Audiens dan Pertumbuhan, Cik Norhaiza Hashim; Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan Editor Produk, Encik Adli Yashir Kuchit. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu termasuk Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh); Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) melawat pejabat Berita Harian pada 14 Februari.

Semasa lawatan itu, mereka diberi taklimat tentang usaha transformasi Berita Harian (BH) serta strategi untuk kekal relevan. Kedatangan mereka disambut Editor BH/BM, Encik Nazry Mokhtar.

Sebelum ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut melawat bilik berita BH.

Encik Saktiandi, Dr Wan Rizal, Encik Sharael dan Cik Nadia bersama Encik Nazry dan wartawan muda BH turut mengadakan sesi sembang sambil bertukar-tukar pandangan.

Isu-isu yang dibicarakan termasuk perkembangan bahasa Melayu dan bahagian peribahasa yang ditiadakan lagi dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ untuk subjek Bahasa Melayu mulai 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg