AP pekerja gesa sokongan lebih kukuh, cuti berbayar bagi golongan penjaga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP pekerja gesa sokongan lebih kukuh, cuti berbayar bagi golongan penjaga

Mar 3, 2026 | 8:18 PM

AP pekerja gesa sokongan lebih kukuh, cuti berbayar bagi golongan penjaga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
AP Pekerja, sokongan pekerja, anak kecil, ibu bapa
Sedang lebih ramai pekerja perlu memikul tanggungjawab penjagaan bagi kedua-dua anak kecil dan ibu bapa lanjut usia, para Anggota Parlimen (AP) pekerja menyeru agar lebih banyak sokongan kukuh disediakan buat golongan penjaga. - Foto fail

Para Anggota Parlimen (AP) pekerja menyeru agar sokongan lebih kukuh dapat disediakan buat golongan penjaga supaya mereka dapat terus bekerja dan memastikan kecukupan persaraan jangka panjang mereka tidak terjejas.

Ini lebih-lebih lagi dalam masyarakat Singapura yang semakin menua, dengan lebih ramai pekerja perlu menghadapi kedua-dua cabaran menjaga anak kecil dan ibu bapa lanjut usia.

Mereka berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Parlimen pada 3 Mac.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, menggesa agar langkah institusi lebih kukuh dapat dilaksanakan, termasuk cuti penjagaan berbayar berkanun.

“Ini agar golongan penjaga kita boleh kekal bekerja dan memastikan kemahiran mereka sentiasa relevan dalam ekonomi yang sedang berubah pesat,” kata beliau, yang juga AP Jalan Kayu.

Menurut Encik Ng, sokongan lebih besar dan jaminan bagi kecukupan persaraan harus diberikan kepada penjaga yang terpaksa meninggalkan pekerjaan disebabkan tanggungjawab sebagai penjaga.

Secara khusus, beliau prihatin dengan data MOM yang menunjukkan terdapat 13,000 individu yang tidak bekerja kerana perlu menjaga warga emas – sebahagian besarnya wanita, bujang, berusia 50 tahun dan ke atas, tidak berpendidikan tinggi dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja atau sudah lama tidak bekerja.

“Kami meminta kementerian mengkaji langkah menyediakan tokokan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) disasarkan bagi penjaga berpendapatan pertengahan hingga rendah yang telah berhenti kerja demi memenuhi tanggungjawab selaku penjaga, dan yang kekurangan simpanan persaraan.

“Langkah-langkah ini akan membantu memberikan sokongan lebih besar serta jaminan awal kepada pekerja kita bahawa pengorbanan yang mereka lakukan untuk menjaga ahli keluarga tidak akan menjejas keperluan jangka panjang mereka,” kata beliau.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Cik Yeo Wan Ling (GRC Punggol), pula berkata golongan wanita, yang secara tradisi menggalas peranan selaku penjaga, perlu terus mengimbangi antara kerja dengan tanggungjawab penjagaan.

Sementara itu, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Sanjeev Kumar Tiwari, yang juga anggota Jawatankuasa Pusat NTUC, pula berkata pekerja warga emas “mendapati diri mereka semakin perlu mengimbangi tanggungjawab penjagaan dan mahu lebih banyak pilihan pekerjaan, supaya mereka boleh mencapai keseimbangan lebih baik antara pekerjaan dengan kehidupan”.

Dalam pada itu, AP pekerja yang lain turut menyentuh tentang pelbagai isu berbeza, termasuk cara mengharungi peralihan kerjaya dalam era kecerdasan buatan (AI), perlindungan bagi pekerja bergaji rendah dan jaminan kewangan serta persaraan.

Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), misalnya, menekankan penggunaan teknologi perlu dikaitkan dengan rekaan semula pekerjaan dan transformasi tenaga kerja haruslah praktikal bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).

Beliau juga Pengarah Pengurusan Pihak Berkepentingan, Perkhidmatan Kerjaya dan Kumpulan Perkongsian (CSPG) Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC.

“Banyak syarikat sedang melabur dalam AI dan automasi. Itu bagus. Namun, ujian sebenarnya adalah: Adakah kita sedang mereka semula pekerjaan atau sekadar mengurangkan bilangan pekerja?

“Kita mesti menjadikan rekaan semula pekerjaan sebagai satu jangkaan utama dalam setiap transformasi perusahaan,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg