Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

AP puji peningkatan SkillsFuture bagi pekerja pertengahan kerjaya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP puji peningkatan SkillsFuture bagi pekerja pertengahan kerjaya

Feb 26, 2024 | 07:03 PM



Program Peningkatan SkillsFuture baru, yang diumumkan semasa Belanjawan 2024, mendapat sokongan padu daripada Anggota Parlimen (AP) pada hari pertama perbahasan pada 26 Februari.

Program itu, yang pertama kali diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 16 Februari, bertujuan menyediakan sokongan struktur yang lebih luas kepada warga Singapura pertengahan kerjaya berumur 40 tahun dan ke atas untuk meneruskan kemahiran substantif dan kekal relevan dalam ekonomi yang berubah-ubah.

Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang), yang juga pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kewangan serta Perdagangan dan Perusahaan, menyambut baik pengumuman tersebut.

“Belanjawan 2024 memberikan rangsangan besar dan peningkatan pembiayaan yang ketara kepada pergerakan SkillsFuture.

“Ia bermatlamat mendorong rakyat Singapura yang berusia 40-an, 50-an dan 60-an supaya mendakap daya tahan kerjaya dan sentiasa mengikuti perkembangan kebolehpasaran mereka.

“Program Peningkatan SkillsFuture, dengan pelbagai subsidi, boleh membantu mengurangkan kos untuk latihan – satu cabaran yang berterusan bagi pekerja pertengahan kerjaya,” kata Encik Liang.

Sebagai sebahagian daripada program itu, semua warga Singapura berumur 40 tahun dan ke atas akan diberi $4,000 kredit SkillsFuture pada Mei untuk menggalak pekerja pertengahan kerjaya meningkatkan kemahiran dan kemajuan dalam kerjaya mereka.

Mereka juga akan diberi subsidi untuk melanjutkan pengajian diploma sepenuh masa di politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan institusi seni mulai tahun akademik 2025.

Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) mengalu-alukan Program Peningkatan SkillsFuture sebagai usaha untuk memperkasa tenaga kerja Singapura agar “kalis masa hadapan”.

Beliau menekankan bahawa dalam era perubahan dan gangguan, menjaga kebolehpasaran melalui pelaburan strategik dalam pembangunan kemahiran dan peningkatan produktiviti adalah kebimbangan utama.

“Peningkatan yang ketara ini menyerlahkan pentingnya latihan berterusan dan peningkatan kemahiran dalam mengemudi kerumitan pasaran pekerjaan kontemporari.

“Mereka yang kembali sering berasa lebih bersemangat dan bersedia berkongsi idea baru yang ingin mereka gunakan untuk pekerjaan mereka,” kata Dr Wan Rizal.

Walaupun begitu, beliau berkongsi bahawa masih terdapat kebimbangan dalam kalangan individu dan perniagaan mengenai keberkesanan SkillsFuture dalam memenuhi permintaan dinamik industri dan menterjemah latihan kepada peluang kemajuan kerjaya sebenar.

Beliau menekankan bahawa individu perlu lebih sedar tentang kaitan program terpilih dengan matlamat kerjaya mereka dan aplikasi praktikal kemahiran yang baru diperoleh.

Perniagaan pula mahu program latihan merapatkan jurang kemahiran sebenar, memupuk produktiviti dan inovasi.

Untuk menangani kebimbangan ini, beliau mencadangkan pendekatan pelbagai aspek seperti melibatkan pemimpin industri dan perniagaan menyelaraskan kursus SkillsFuture dengan permintaan yang muncul dan meningkatkan fleksibiliti dan kebolehcapaian program SkillsFuture untuk menampung keperluan pelajar yang pelbagai.

AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa, berkata pihaknya menyokong program tersebut.

“Parti Kemajuan Singapura (PSP)  menyokong pengenalan Program Peningkatan SkillsFuture untuk warga Singapura berumur 40 tahun ke atas, merangkumi kredit $4,000, subsidi untuk diploma sepenuh masa lain, dan elaun latihan untuk pelatih sepenuh masa.

“Kami percaya latihan sepenuh masa akan lebih berkesan dalam meningkatkan kebolehpasaran pekerja kita.

“Dasar ini juga akan membolehkan pekerja pertengahan umur kita menukar kerjaya dengan lebih mudah dan bergerak ke arah yang mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik atau lebih banyak,” kata Cik Poa.

Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, mengulangi gesaan Parti Pekerja (WP) agar pemerintah memperkenalkan pinjaman SkillsFuture tanpa faedah.

Beliau berkata tambah nilai SkillsFuture yang diumumkan semasa Belanjawan adalah dasar penting, tetapi pinjaman tanpa faedah akan memudahkan lagi latihan.

“Parti Pekerja melihat penggunaan kredit SkillsFuture ke arah kursus yang produktif dari segi ekonomi dengan hasil pekerjaan sebagai inisiatif dasar penting Belanjawan ini.

“Tetapi kami percaya bahawa kebanyakan kursus mungkin berharga lebih daripada $4,000. Untuk memudahkan lagi latihan kemahiran dan membantu pekerja Singapura, pemerintah harus memperkenalkan pinjaman pendidikan SkillsFuture tanpa faedah,” kata Encik Pritam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >