Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

AP sebulat suara sokong Belanjawan 24

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP sebulat suara sokong Belanjawan 24

Kali pertama dalam tiga tahun, AP daripada kedua-dua belah pihak undi sokong belanjawan
Mar 07, 2024 | 07:35 PM



Dunia pascapandemik lebih berbahaya dan tidak dapat diramal, tetapi Singapura akan melangkah ke hadapan “dengan penuh yakin dan harapan”, apabila Dewan pada 7 Mac sebulat suara menyokong rancangan perbelanjaan pemerintah sebanyak $131.4 bilion bagi tahun kewangan akan datang.

Merujuk kepada rancangan meluas untuk memastikan ekonomi kekal cergas sambil membantu warga Singapura menangani tekanan kos dengan segera, dalam ucapannya, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, berkata Belanjawan 2024 “menghidupkan rancangan dalam laporan ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ (Forward SG), yang kita, sebagai warga Singapura, telah secara kolektif bangunkan untuk membina masa depan kita bersama”.

Ini kali pertama dalam tiga tahun Anggota Parlimen (AP) daripada kededua belah pihak mengundi menyokong Belanjawan – sebagaimana ditonjolkan Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, dalam ucapannya ketika menutup perbahasan belanjawan pemerintah dan kementerian, yang berlangsung selama sembilan hari di Parlimen.

AP pembangkang menolak dua Belanjawan sebelum ini kerana tidak bersetuju dengan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dalam kenyataan penutupnya, Cik Indranee menyatakan Belanjawan sebelum ini, dari 2020 hingga 2023, termasuk lima dalam 2020 sahaja, bertujuan membantu Singapura menangani pandemik Covid-19.

Singapura bangkit daripada pandemik itu, tetapi melangkah masuk ke dunia yang sangat berbeza daripada yang pernah ia memasuki, kata beliau, sambil memberi contoh konflik berterusan di Gaza dan Ukraine serta ketegangan geopolitik.

Pada peringkat individu, warga Singapura kekal bimbang tentang kos sara hidup dan tekanan inflasi.

“Berlatarbelakangkan ini, Belanjawan 2024 menyediakan rancangan tindakan yang jelas untuk Singapura melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan harapan,” kata Cik Indranee, yang juga Menteri Kedua Kewangan.

Beliau menyimpulkan semula beberapa daya usaha utama yang diumum dalam Belanjawan 2024, yang termasuk baucar CDC tambahan untuk semua isi rumah Singapura dan rebat cukai pendapatan korporat murah hati.

Peningkatan pada skim SkillsFuture untuk pekerja pertengahan kerjaya menggambarkan kepercayaan dan keyakinan terhadap pekerja warga Singapura, dan keupayaan mereka meningkat kemahiran dan melakar hala tuju baru walaupun pada usia lebih lanjut, tambahnya.

Beliau turut menegaskan keluarga menjadi asas masyarakat, dan komitmen pemerintah untuk menyokong mereka dari usia muda hingga tua, seperti menerusi yuran prasekolah lebih rendah, pilihan penjagaan yang lebih luas, dan peningkatan kecukupan persaraan.

Langkah lain, antaranya termasuk memperluas ComLink+ dan bantuan guaman, memperkukuhkan lagi kompak sosial Singapura dengan menyediakan lebih sokongan kepada mereka yang sangat memerlukannya, kata beliau.

“Keterangkuman adalah perekat di mana perpaduan dibina. Dengan membina rentak daripada belanjawan sebelumnya dan menyediakan sesuatu untuk semua orang, Belanjawan 2024 memastikan tiada orang ketinggalan,” tambah Cik Indranee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >