Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas perbahasan COS Kementerian Kesihatan (MOH)

Mar 6, 2024 | 5:38 PM
Usaha penguatkuasaan larangan ‘vape’ dipertingkat.
Usaha penguatkuasaan larangan ‘vape’ dipertingkat. - Foto fail

S’pura terus semak langkah kurangi tabiat merokok

Usaha Singapura mengurangi tabiat merokok membuahkan hasil yang “lebih baik” berbanding negara lain, menurut Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.

Namun, dalam membuat keputusan berkait langkah atau pendekatan yang akan diambil dalam usaha itu, Singapura akan mempertimbang pelbagai faktor, tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam respons kepada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam, yang mengemukakan pertanyaan berkaitan tempoh larangan merokok mengikut kumpulan usia, atau kohort di Singapura akan dilaksanakan.

“Tumpuan kami adalah pada usaha memelihara kesihatan awam dan kami tidak menolak sebarang langkah yang boleh membantu kita mencapai matlamat itu secara berkesan,” katanya.

Pemerintah akan semak undang-undang berkait ‘vape’

Watch on YouTube

Di samping usaha mempertingkat penguatkuasaan dan pendidikan tentang bahaya rokok elektronik, atau ‘vape’, pemerintah juga akan menyemak hukuman undang-undang bagi memberi isyarat kukuh terhadap kesalahan itu.

Menurut Cik Rahayu, langkah menangani isu ‘vape’ memerlukan kerjasama semua pihak.

Ini termasuk pemilik wadah digital yang diharap dapat bersikap proaktif dalam mengenal pasti dan menghapuskan kandungan berkait ‘vape’, tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg