Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP WP Faisal Manap di ICU akibat penyakit jantung

Jul 25, 2023 | 2:45 PM
DIRAWAT DI ICU:Encik Faisal berada dalam keadaan sedar dan stabil di Unit Jagaan Rapi (ICU).
DIRAWAT DI ICU:Encik Faisal berada dalam keadaan sedar dan stabil di Unit Jagaan Rapi (ICU). - Foto fail

Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied dan naib pengerusi Parti Pekerja (WP) Encik Faisal Manap dimasukkan ke hospital pada malam Isnin akibat penyakit jantung.

WP berkata pada Selasa bahawa Encik Faisal berada dalam keadaan sedar dan stabil. Beliau sedang dipantau dan dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

“Keluarganya menghargai keprihatinan orang ramai, dan mereka telah meminta privasi supaya beliau boleh memberi tumpuan kepada pemulihannya,” tambah WP.

Encik Faisal telah dilantik sebagai AP GRC Aljunied pada 2011.

Buat sementara waktu sehingga beliau pulih, AP GRC Aljunied lain – Cik Sylvia Lim, Encik Gerald Giam dan Encik Pritam Singh – dan anggota parti lain akan mengambil alih tugasan kawasan undi beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg