Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa kata para tetamu

Nov 8, 2023 | 7:00 PM
IKTIRAF PENCAPAIAN DAN POTENSI: Anugerah Jauhari disampaikan kepada Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan Naib Presiden Kanan (Hubungan Strategik) SMRT Corporation, Encik Shahrin Abdol Salam (tiga dari kanan) manakala Anugerah Jauhari Harapan disampaikan kepada bakat muda penyanyi serta penggubah lagu, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff (tiga dari kiri). Bersama Jauhari di atas pentas ialah tetamu terhormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean (tengah) dan Editor Berita Harian, Encik Nazri Mokhtar (dua dari kanan). Lain-lain tokoh dalam gambar ialah (dari kiri), Ketua Editor Kumpulan Media bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil SPH, Encik Wong Wei Kong; Pengerusi SPH Media, Encik Khaw Boon Wan dan Ketua Pegawai Perolehan dan Ketua Produk, Perniagaan Runcit Fairprice Group, Encik Tng Ah Yiam.
IKTIRAF PENCAPAIAN DAN POTENSI: Anugerah Jauhari disampaikan kepada Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan Naib Presiden Kanan (Hubungan Strategik) SMRT Corporation, Encik Shahrin Abdol Salam (tiga dari kanan) manakala Anugerah Jauhari Harapan disampaikan kepada bakat muda penyanyi serta penggubah lagu, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff (tiga dari kiri). Bersama Jauhari di atas pentas ialah tetamu terhormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean (tengah) dan Editor Berita Harian, Encik Nazri Mokhtar (dua dari kanan). Lain-lain tokoh dalam gambar ialah (dari kiri), Ketua Editor Kumpulan Media bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil SPH, Encik Wong Wei Kong; Pengerusi SPH Media, Encik Khaw Boon Wan dan Ketua Pegawai Perolehan dan Ketua Produk, Perniagaan Runcit Fairprice Group, Encik Tng Ah Yiam. - Foto BH.

Apa kata para tetamu mengenai penerima Anugerah Jauhari Encik Shahrin Abdol Salam

Encik Zaqy Mohd
Encik Zaqy Mohd - Foto BH.

“Pemenang malam ini mencerminkan keupayaan dan bakat yang pelbagai dalam masyarakat kita. Ini menunjukkan kita sebagai sebuah masyarakat mempunyai potensi yang luas dalam pelbagai bidang... Paling penting bagi saya pada malam ini ialah bagaimana Jauhari dan Jauhari Harapan dapat menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk mencapai lebih jauh, lebih tinggi.”

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad

Encik Suhaimi Yusof
Encik Suhaimi Yusof - Foto BH.

“Penerima Anugerah Jauhari ini bagi saya menunjukkan beliau mempunyai kesungguhan sehingga mencapai tahap yang tinggi dalam kerjayanya. Ini menjadi satu perkara yang boleh dicontohi. Maknanya, kalau kita buat sesuatu itu, kita kena fokus dan bersungguh-sungguh kerana ketekunan itu akan membawa kepada kejayaan.”

- Personaliti media dan karyawan perhubungan awam, Encik Suhaimi Yusof.

SMCCI ORGANISES AWARDS NIGHT AND GALA DINNER.GOH: DPM Wong
SMCCI ORGANISES AWARDS NIGHT AND GALA DINNER.GOH: DPM Wong - Berita Harian

“Penerima Anugerah Jauhari ini membanggakan masyarakat Melayu dan memang wajar diiktiraf sebagai Jauhari. Beliau akan dapat memberi motivasi kepada masyarakat kita untuk lebih maju ke hadapan, dan saya percaya ini dapat kita lakukan sebagai sebuah masyarakat, supaya kita dapat sentiasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain.”

- Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Azhar Othman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg