Berita Harian pada 3 November lalu sekali lagi meraikan pencapaian cemerlang dua individu Melayu/Islam, menerusi penyampaian Anugerah Jauhari dan Anugerah Jauhari Harapan. Majlis penyampaian gilang-gemilang di Hotel Four Seasons itu turut dihadiri sekitar 200 pemimpin nasional dan masyarakat serta rakan kongsi akhbar ini, termasuk para penaja. Diadakan buat kali ke-25, Anugerah Jauhari memberi pengiktirafan kepada pencapaian seorang individu Melayu/Islam dalam bidang pilihannya, manakala Jauhari Harapan pula diberikan sebagai memberi inspirasi dan dorongan kepada individu muda berusia 30 tahun dan ke bawah, yang mempunyai potensi mencapai tahap lebih tinggi. Berikut sajian foto yang dirakam dalam majlis tersebut.

SERONOK BERSWAFOTO: Anggota Parlimen (GRC Pasir Ris-Punggol), Encik Sharael Taha (depan) berswafoto dengan penerima Anugerah Jauhari, Encik Shahrin Abdol Salam (tengah), disertai lain-lain tetamu termasuk tetamu terhormat, Encik Teo Chee Hean (dua dari kiri), Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohd (dua dari kanan) dan peguam, Encik Rohim Sarip.
SERONOK BERSWAFOTO: Anggota Parlimen (GRC Pasir Ris-Punggol), Encik Sharael Taha (depan) berswafoto dengan penerima Anugerah Jauhari, Encik Shahrin Abdol Salam (tengah), disertai lain-lain tetamu termasuk tetamu terhormat, Encik Teo Chee Hean (dua dari kiri), Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohd (dua dari kanan) dan peguam, Encik Rohim Sarip. - Foto BH
MENGHIBUR HADIRIN: Selain penyampaian anugerah, persembahan penyanyi undangan Hazrul Nizam juga mendapat perhatian para tetamu.
MENGHIBUR HADIRIN: Selain penyampaian anugerah, persembahan penyanyi undangan Hazrul Nizam juga mendapat perhatian para tetamu. - Foto BH
ACARA BERPRESTIJ: Anugerah Jauhari disampaikan buat tahun ke-25 tahun ini, manakala Anugerah Jauhari Harapan pula telah disampaikan sejak 2013. Kededuanya telah menjadi acara penting dalam kalendar kegiatan masyarakat Melayu/Islam setempat.
ACARA BERPRESTIJ: Anugerah Jauhari disampaikan buat tahun ke-25 tahun ini, manakala Anugerah Jauhari Harapan pula telah disampaikan sejak 2013. Kededuanya telah menjadi acara penting dalam kalendar kegiatan masyarakat Melayu/Islam setempat. - Foto BH
‘KAKI MAKAN’ BERTEMU PENYANYI: Penulis ruangan Kaki Makan, Gaya Hidup BH, Nur Syuhrah Hassan (kiri) dan Dahlia Zulkifli (kanan), mesra bergambar dengan penerima Anugerah Jauhari Harapan, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff.
‘KAKI MAKAN’ BERTEMU PENYANYI: Penulis ruangan Kaki Makan, Gaya Hidup BH, Nur Syuhrah Hassan (kiri) dan Dahlia Zulkifli (kanan), mesra bergambar dengan penerima Anugerah Jauhari Harapan, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff. - Foto BH
PERSEMBAHAN ISTIMEWA: Penerima Anugerah Jauhari Harapan, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, turut membuat persembahan dan memukau tetamu dengan bakat nyanyiannya yang begitu menyerlah.
PERSEMBAHAN ISTIMEWA: Penerima Anugerah Jauhari Harapan, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, turut membuat persembahan dan memukau tetamu dengan bakat nyanyiannya yang begitu menyerlah. - Foto BH.
PERTEMUA DULU DAN SEKARANG: Wartawan-wartawan Berita Harian, termasuk ramai wartawan muda, bertemu dengan mantan Editor BH, Encik Yatiman Yusof (kanan) dan mantan Penulis Kanan BH, Encik Hawazi Daipi (barisan belakang, tiga dari kiri). Kededuanya meninggalkan BH sebelum ini untuk menyertai politik. Juga dalam foto ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Yusof Ismail (barisan belakang, kanan).
PERTEMUA DULU DAN SEKARANG: Wartawan-wartawan Berita Harian, termasuk ramai wartawan muda, bertemu dengan mantan Editor BH, Encik Yatiman Yusof (kanan) dan mantan Penulis Kanan BH, Encik Hawazi Daipi (barisan belakang, tiga dari kiri). Kededuanya meninggalkan BH sebelum ini untuk menyertai politik. Juga dalam foto ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Yusof Ismail (barisan belakang, kanan). - Foto BH
SATU UNTUK KENANGAN: Hampir semua wartawan dan kakitangan BH bergambar di akhir majlis. Akhbar ini mempunyai 58 kakitangan secara keseluruhan yang menerbitkan kandungan berbilang media merentasi wadah digital, media sosial termasuk video dan podcast serta cetak.
SATU UNTUK KENANGAN: Hampir semua wartawan dan kakitangan BH bergambar di akhir majlis. Akhbar ini mempunyai 58 kakitangan secara keseluruhan yang menerbitkan kandungan berbilang media merentasi wadah digital, media sosial termasuk video dan podcast serta cetak. - Foto BH
DUA JAUHARI BERTEMU: Penerima Anugerah Jauhari tahun ini, Encik Shahrin Abdol Salam (dua dari kanan) bergambar dengan penerima Anugerah Jauhari 2017, Encik Abu Bakar Mohd Nor. Bersama mereka ialah bapa Encik Shahrin, Encik Abdol Salam T A Rahman dan isteri kepada Encik Abu Bakar, Cik Kohe Hassan.
DUA JAUHARI BERTEMU: Penerima Anugerah Jauhari tahun ini, Encik Shahrin Abdol Salam (dua dari kanan) bergambar dengan penerima Anugerah Jauhari 2017, Encik Abu Bakar Mohd Nor. Bersama mereka ialah bapa Encik Shahrin, Encik Abdol Salam T A Rahman dan isteri kepada Encik Abu Bakar, Cik Kohe Hassan. - Foto BH
PERMATA MASYARAKAT: Penerima Anugerah Jauhari, menerima trofi dan lukisan yang dihasilkan khas oleh Artis Eksekutif BH, Samad Afandie, manakala Jauhari Harapan pula menerima trofi dan wang tunai, $5,000.
PERMATA MASYARAKAT: Penerima Anugerah Jauhari, menerima trofi dan lukisan yang dihasilkan khas oleh Artis Eksekutif BH, Samad Afandie, manakala Jauhari Harapan pula menerima trofi dan wang tunai, $5,000. - Foto BH
UCAPAN SULUNG DI JAUHARI: Editor baru Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar, menyampaikan ucapan pertamanya di Anugerah Jauhari. Intipati ucapannya ialah mengetengahkan kemajuan yang dicapai BH sejak menjalani transformasi digital selain memberikan penghargaan kepada kakitangan yang bertungkus-lumus menjayakan transformasi tersebut.
UCAPAN SULUNG DI JAUHARI: Editor baru Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar, menyampaikan ucapan pertamanya di Anugerah Jauhari. Intipati ucapannya ialah mengetengahkan kemajuan yang dicapai BH sejak menjalani transformasi digital selain memberikan penghargaan kepada kakitangan yang bertungkus-lumus menjayakan transformasi tersebut. - Foto BH