Sebahagian daripada perjalanan kereta api Cik Celine Tan yang biasa di Laluan Circle agak berbeza pada awal tahun ini – dan mengambil sehingga sekitar 10 minit lebih lama. 

Di stesen MRT seperti Mountbatten, Dakota dan Paya Lebar, kakitangan menggunakan batang bercahaya untuk membimbing penumpang di sepanjang laluan yang ditetapkan di platform yang sesak. Langkah-langkah kawalan orang ramai itu diperkenalkan sewaktu kerja pengukuhan terowong, daripada 17 Januari hingga 19 April, 2026, yang menambah masa sehingga 30 minit kepada beberapa perjalanan ketika waktu sibuk sepanjang Laluan Circle. 

Ia memang menyusahkan, kata Cik Tan, 30 tahun, yang perlu memperuntukkan masa perjalanan tambahan. “Saya tidak suka, tetapi saya faham bahawa ia satu keperluan,” kata eksekutif pengendalian itu, yang masih ingat, telah membaca tentang kerja pengukuhan terowong di berita.

Cik Tan menaiki MRT tiga hingga empat kali seminggu untuk menemui rakan-rakannya pada lewat petang hari biasa dan hujung minggu. Beliau mengayuh ke tempat kerjanya, yang mengambil masa sekitar 15 minit dari rumahnya.

Kerja pengukuhan terowong Laluan Circle memberi gambaran tentang kerumitan di sebalik rangkaian kereta api yang jarang difikirkan Cik Tan. Beliau mengandaikan “pelbagai penyelerasan dan teknologi mesti berlaku di sebalik tabir untuk memastikan (sistem yang begitu besar) berjalan lancar setiap hari”. 

Seperti Cik Tan, 70 peratus penumpang yang ditinjau berkata bahawa teknologi sistem dan infrastruktur di sebalik tabir yang digunakan dalam pengangkutan awam penting bagi mereka, walaupun sebahagian besarnya beroperasi di luar pandangan penumpang, menurut satu tinjauan baru-baru ini.

Tinjauan yang ditugaskan oleh SPH Media dan SMRT itu telah meninjau seramai 1,010 penumpang pengangkutan awam di Singapura pada Februari 2026. Matlamatnya: untuk memahami tanggapan penumpang Singapura tentang penggunaan teknologi canggih seperti AI dan automasi dalam pengangkutan awam, dan keprihatinan dan jangkaan mereka. 

Responden diperoleh daripada Rangkaian Khalayak Profil Kantar. Kantar merupakan sebuah syarikat penyelidikan pasaran berdikari.

Tujuh puluh lima peratus responden juga berkata bahawa dengan mengetahui tentang teknologi sistem dan infrastruktur tersebut di sebalik tabir, ia memberi mereka lebih keyakinan terhadap keselamatan dan prestasi sistem pengangkutan awam. 

Bagi Cik Tan, kesedaran itu membantunya “lebih menghargai betapa rumitnya operasi kereta api sebenarnya” – terutama apabila pengangkutan awam merupakan “cara paling murah dan mudah” untuknya bergerak.

“Ia juga membuat saya lebih memahami apabila gangguan berlaku sekali-sekala kerana terdapat begitu banyak komponen dan sistem yang terlibat.” 

Di sebalik tabir

Tetapi, ramai penumpang menjangkakan perjalanan kereta api mereka akan kekal mudah. Bagi Cik Tan, ini bermakna “kereta api tiba tepat pada waktunya, dan masa menunggu yang singkat”.

Dan apabila gangguan berlaku, beliau mahu “pengumuman jelas tentang apa yang boleh dijangkakan”.

Menyampaikan jangkaan yang nampaknya mudah itu memerlukan apa yang digambarkan Encik Albert Soh, ketua Analitik Kejuruteraan bagi cabang inovasi SMRT, Strides Technologies, sebagai “kerja berpasukan yang tidak kelihatan” yang melibatkan teknologi, manusia dan proses. Beginilah rupanya.

TEKNOLOGI
Baiki sebelum berlakunya gangguan  

Pengendali pengangkutan awam itu semakin banyak menggunakan teknologi seperti AI dan automasi untuk mengesan kerosakan berpotensi awal dan menghalangnya daripada mengganggu perjalanan penumpang.

Salah satu contoh adalah Jarvis, yang dilancarkan pada Januari 2026. Platform data bijak itu membolehkan jurutera SMRT untuk memindahkan siasatan selepas sesuatu insiden berlaku kepada analitik pencegahan, kata Encik Albert Soh, ketua Analitik Kejuruteraan di cabang inovasi SMRT Strides Technologies.

Jarvis dibangunkan oleh Strides Technologies dan dibina menggunakan infrastruktur awan dan AI oleh syarikat sofwe Oracle.

Dahulu, jurutera perlu mengkaji data operasi untuk menganalisa kerosakan dan menyokong pemulihan perkhidmatan sokongan, jelas Encik Soh, yang memimpin pembangunan platform Jarvis. 

Hari ini, Jarvis boleh memproses data operasi dan penyelenggaran jumlah besar untuk mengesan tanda-tanda halus kemerosatan. Ini membolehkan jurutera memperbaiki isu sebelum kerosakan terjadi. 

Matlamatnya ialah untuk membantu jurutera mengenal pasti risiko dengan lebih awal, mengutamakan campur tangan dan memperbaiki kerosakan potensi sebelum ia terjadi, kata Encik Soh. Namun, beliau menekankan bahawa AI ramalan “bukanlah penyelesaian kepada semua masalah”. 

“Kami tidak boleh meramalkan setiap jenis kegagalan,” katanya, merujuk kepada pelbagai cara peralatan atau sistem boleh gagal. Sebagai contoh, bahagian elektrik boleh roak tiba-tiba tanpa menunjukkan tanda-tanda awal kemerosatan, jelasnya.

Encik Soh menambah bahawa sensor di dalam sistem kereta api menghasilkan jumlah data yang banyak. Matlamat Jarvis adalah untuk menggunakan data ini dengan lebih cekap – dan cuba mengurangkan gangguan sebanyak mungkin.

MANUSIA
Minda di sebalik kereta api 

Walaupun kecerdasan buatan memainkan peranan lebih besar dalam membantu mengesan isu-isu potensi, manusia kekal penting kepada sistem kereta api,” kata Encik Soh.

“Kami mahu memastikan bahawa kakitangan kami terlatih dan dilengkapi dengan baik (untuk memanfaatkan sepenuhnya alat AI),”katanya, menambah bahawa AI boleh membuat pekerjaan lebih mudah bagi kakitangan sedia ada, dan “mempercepatkan pembelajaran dan latihan (kakitangan) baru”.  

Salah satu cara SMRT melakukan demikian ialah menerusi keupayaan AI generatif Jarvis. 

Platform itu dikuasakan oleh modal bahasa besar yang hanya dilatih dengan dokumen kejuruteraan dan data internal SMRT. Ia tidak dihubungkan kepada internet, kata Encik Soh. 

Sebelum ini, apabila ada kerosakan kereta api atau landasan, kakitangan perlu meneliti manual salinan cetak untuk mengenal pasti prosedur yang sesuai bagi setiap senario. 

Kini, jurutera boleh mengajukan Jarvis soalan menerusi antara muka gaya chatbot, jelas Encik Soh. Sistem tersebut menawarkan prosedur relevan, membandingkan senario berbeza dan menasihatkan kakitangan tentang langkah-langkah seterusnya. 

Encik Soh menggambarkan Jarvis sebagai “sumber kebenaran tunggal” yang membantu kakitangan membuat keputusan operasi dengan lebih cepat. Matlamatnya: untuk memperbaiki keselamatan dan kebolehpercayaan bagi keseluruhan sistem kereta api. 

PROSES
Sistem yang beroperasi dengan lancar

Tetapi, sebelum sistem AI boleh disertakan dalam operasi, ia penting untuk membina “proses yang baik dan teguh” dahulu, kata Encik Soh. 

Beliau menghuraikan proses tersebut dalam urutan “ramalan, pengesanan dan tindak balas. 

Meramalkan kerosakan hanya sebahagian daripada proses itu. Apabila ada sesuatu yang tidak kena, kata Encik Soh, jurutera perlu berupaya mengenal pasti isu dengan tepat, menyampaikan maklumat dengan cepat dan menyelaraskan respons merentasi pasukan. 

Cabaran ini lebih sukar dengan kerumitan sistem rel moden yang semakin meningkat, yang Encik Soh menghuraikan sebagai “sistem dalam sistem”. Ia merujuk kepada rangkaian sistem bersepadu yang terdiri daripada sistem isyarat, komunikasi, kuasa, kereta api, trak dan operasi stesen.

 Apabila salah satu daripada sistem tersebut mengalami masalah, ia boleh mengakibatkan impak lebih luas merentasi rangkaian jika tidak diuruskan dengan cepat, tambah ketua kumpulan pegawai kejuruteraan, Encik Ang Hang Guan.

Sebagai contoh, sebuah keretapi api yang terhenti menjejas setiap kereta api di belakangnya di laluan yang sama. 

Apabila keadaan sedemikian berlaku, kata Encik Ang, pasukan operasi mesti bekerja dengan cepat untuk menggerakkan kereta api yang terjejas. Perkhidmatan juga perlu diubah laluan supaya hanya sebahagian rangkaian sahaja yang terganggu sementara sistem kereta api lain terus beroperasi. 

Walaupun skala sistem kereta api SMRT hampir 200 kilometer, Encik Soh mengakui bahawa bagi penumpang, hasil yang ideal jauh lebih mudah. Perjalanan lancar menunjukkan bahawa semuanya berfungsi dengan baik, katanya.

“Dengan adanya asas yang kukuh – manusia, proses dan teknologi, hasilnya boleh disampaikan secara sistematik dan konsisten,” kata Encik Soh. 

-

In Perspective merupakan program kandungan yang dipacu penyelidikan oleh SPH Media yang menggabungkan penceritaan berasaskan cerapan dengan perspektif pakar tentang isu-isu utama yang membentuk masyarakat.