EWL kini beroperasi dari Depoh Bersepadu East Coast baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EWL kini beroperasi dari Depoh Bersepadu East Coast baru

Mar 10, 2026 | 8:36 PM

EWL kini beroperasi dari Depoh Bersepadu East Coast baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
depoh bersepadu east coast, ewl, laluan transit rel
Depoh Bersepadu East Coast (ECID) bertingkat ini boleh menempatkan sehingga 220 tren. - Foto ST

Operasi Laluan Timur–Barat (EWL) telah dipindahkan ke Depoh Bersepadu East Coast (ECID) selepas laluan itu disambungkan ke depoh tersebut pada Disember 2025.

Tren dari Laluan Thomson–East Coast (TEL) dan Laluan Downtown (DTL) dijangka mula berkhidmat dari ECID menjelang akhir 2026.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 10 Mac.

Kini, tren DTL menggunakan Depoh Gali Batu di Woodlands, manakala tren TEL berhenti di Depoh Mandai.

ECID bertingkat itu boleh menempatkan sehingga 220 tren.

Depoh tiga laluan disusun bertingkat – DTL di bawah tanah, TEL di aras tanah dan EWL di aras atas.

Walaupun berkongsi kemudahan dan sistem, ketiga-tiga depoh direka untuk beroperasi secara bebas.

DTL dikendalikan oleh SBS Transit.

LTA berkata penempatan tiga depoh rel di satu tapak menjimatkan 44 hektar tanah – seluas 60 padang bola sepak.

Bagi kakitangan SMRT Trains yang mengendalikan EWL dan TEL, bekerja di ECID juga lebih mudah.

Encik Nur Izzat Jamal, 37 tahun, pengurus kru dan pengawal depoh, berkata kapten tren di Depoh Changi sebelum ini perlu menaiki bugi ke landasan melalui laluan tidak berbumbung.

Di depoh baru, pejabat hanya beberapa langkah dari landasan melalui laluan berbumbung, kata Encik Izzat, yang merupakan antara kira-kira 230 pekerja yang mengendalikan depoh EWL di ECID.

Meletakkan tren juga lebih cepat.

Di Depoh Changi, proses itu mengambil kira-kira 20 minit kerana susun atur landasan.

Di ECID, tren boleh terus memasuki landasan simpanan dan mengambil kurang 10 minit.

ECID mempunyai 38 landasan simpanan, setiap satu boleh menempatkan dua tren, membolehkan penempatan sehingga 76 tren – lebih dua kali ganda berbanding 36 tren di Depoh Changi.

Di samping itu, ECID juga mempunyai enam landasan pemeriksaan, berbanding empat di Changi, serta dua landasan penyelenggaraan tambahan dan satu landasan ujian selepas kerja penyelenggaraan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg