Apa yang menarik di Pertunjukan Udara S’pura 2026?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa yang menarik di Pertunjukan Udara S’pura 2026?

Feb 6, 2026 | 3:42 PM

Apa yang menarik di Pertunjukan Udara S’pura 2026?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tentera Udara Diraja Malaysia, Singapore Airshow 2026, Pameran Udara S’pura, TUDM
Sebuah jet pejuang dari Tentera Udara Diraja Malaysia melakukan aksi aerobatik solo semasa pertunjukan udara di Pertunjukan Udara Singapura 2026. - Foto ST

Dari pertunjukan udara yang menarik hingga sesi simulator interaktif, pengunjung ke Pertunjukan Udara Singapura 2026 pada hujung minggu ini pasti akan mempunyai pelbagai kegiatan menarik untuk dicuba.

Berikut ialah panduan untuk membantu anda membuat persediaan bagi lawatan ke Pusat Pameran Changi, apabila acara tersebut dibuka kepada orang awam pada 7 dan 8 Februari.

Alamai peluang jadi juruterbang pesawat pejuang, helikopter RSAF

Pengunjung boleh merasai pengalaman mengendalikan helikopter serangan Apache di gerai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).
Pengunjung boleh merasai pengalaman mengendalikan helikopter serangan Apache di gerai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). - Foto ST

Cuba kendalikan pesawat pejuang F-16 atau helikopter serangan AH-64D Apache menerusi simulator di reruai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Bagi memaksimumkan masa di pameran, pengunjung disarankan untuk terus ke reruai ini terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor giliran untuk simulator.

Pada hari pertunjukan, masa menunggu boleh mencecah sehingga dua jam pada waktu sibuk.

Sementara menunggu, pengunjung cilik boleh mencuba permainan interaktif berasaskan sensor pergerakan, di mana mereka “terbang” di udara untuk mengumpul syiling.

Meredah laluan lasak dengan simulator ST Engineering

Pengunjung boleh merasai pengalaman memandu kenderaan pejuang infantri berperisai Terrex S5 di gerai ST Engineering.
Pengunjung boleh merasai pengalaman memandu kenderaan pejuang infantri berperisai Terrex S5 di gerai ST Engineering. - Foto ST

Jika pengalaman di udara masih belum mencukupi, pengunjung boleh cuba memandu kenderaan tempur infantri berperisai Terrex S5 melalui simulator di reruai ST Engineering.

Mereka boleh melihat dan menyentuh senjata ringan yang dipamerkan, termasuk senapang serangan terbaru kumpulan itu, AME-A514.

Keluarga yang membawa anak-anak boleh menyertai permainan seperti pencarian foto untuk menebus beg cenderamata eksklusif pameran udara.

Lihat enjin jet Rolls-Royce

Enjin pesawat sebenar dipamerkan di reruai Rolls-Royce.
Enjin pesawat sebenar dipamerkan di reruai Rolls-Royce. - Foto ST

Peminat industri aeroangkasa tidak harus melepaskan peluang untuk melihat dengan dekat enjin Trent XWB bersaiz sebenar yang menggerakkan pesawat Airbus A350.

Enjin itu berukuran sekitar 4.5 meter panjang, 4 meter lebar dan lebih 4 meter tinggi.

Pengunjung boleh melihat enjin Trent 1000XE yang digunakan pada pesawat Boeing 787.

Asah kemahiran bola sepak dron

Bola sepak dron yang melibatkan “bola” terbang, mungkin hobi baru yang menarik.

Seperti bola sepak biasa, setiap pasukan berusaha menjaringkan gol sebanyak mungkin dengan menerbangkan dron melalui gelung gol dalam masa tiga minit, manakala pasukan lawan cuba menghalang.

Pemain mengawal dron menggunakan alat kawalan seakan konsol permainan.

Cuba permainan itu di reruai Persatuan Bola Sepak Drone dan sertai perlawanan sengit bersama pengunjung lain.

Terokai destinasi impian yang belum ada penerbangan terus ke S’pura

Di reruai Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), pengunjung boleh menghantar senarai bandar impian yang diharapkan mempunyai penerbangan terus ke Singapura pada masa hadapan.

Melalui papan paparan mekanikal retro, mereka juga boleh melihat 10 destinasi paling diinginkan oleh pengunjung.

Singgah ke reruai CAG

Main permainan dengan animasi di skrin besar dan bawa pulang pelekat percuma.
Main permainan dengan animasi di skrin besar dan bawa pulang pelekat percuma. - Foto ST

Dapatkan idea destinasi percutian seterusnya dengan bermain permainan di reruai Changi Airport Group (CAG) dan tebus pelekat percuma.

Pengunjung yang ingin mengetahui bagaimana rupa Terminal 5 Lapangan Terbang Changi pada masa hadapan boleh melihat model terminal tersebut.

Lihat pesawat dengan lebih dekat

Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat lebih 30 pesawat yang dipamerkan.
Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat lebih 30 pesawat yang dipamerkan. - Foto ST

Dengan lebih 30 pesawat dipamerkan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis pesawat dari jarak dekat dan berbual dengan juruterbang.

Terpesona dengan pertunjukan udara

Pesawat tentera dari enam angkatan udara — lima daripadanya dari luar negara — akan mengambil bahagian dalam pertunjukan udara yang diadakan dua kali sehari sepanjang hujung minggu.

Tip

  1. Sapu pelindung matahari secukupnya dan ulangi sapuan sepanjang hari jika cuaca panas.
  2. Bawa makanan ringan dan air sendiri kerana harga makanan di lokasi boleh bermula daripada $18 bagi semangkuk nasi dan $29 bagi burger.
  3. Rancang masa dengan bijak kerana terdapat banyak tarikan untuk diterokai.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg