Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan latihan ketenteraan luar negara di Shoalwater Bay, Queensland, Australia dari 6 September hingga 2 November 2026.

Latihan Wallaby ini ialah latihan luar negara sepihak terbesar SAF dan edisi ke-36 yang diadakan pada 2026, melibatkan sekitar 6,000 kakitangan dan 1,200 platform dari Tentera Singapura, Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan  Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS).

Latihan tahun ini penting kerana antara lain, ia menunjukkan keupayaan SAF menggabungkan teknologi baru dengan konsep operasi baru. Berikut beberapa gambar untuk menyingkap latihan tersebut.

Brigedier-Jeneral (BG) Fairoz Hassan, yang juga Ketua Pegawai Infantri Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Panglima Divisyen Kesembilan (9 Div), memberitahu pihak media di Kem Tilpal pada 26 Oktober, bahawa sistem tanpa pemandu boleh dikerah untuk menjalankan misi peninjauan dan serangan jauh di kawasan musuh, sekali gus mengurangkan risiko terhadap anggota tentera dalam operasi berbahaya.
Brigedier-Jeneral (BG) Fairoz Hassan, yang juga Ketua Pegawai Infantri Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Panglima Divisyen Kesembilan (9 Div), memberitahu pihak media di Kem Tilpal pada 26 Oktober, bahawa sistem tanpa pemandu boleh dikerah untuk menjalankan misi peninjauan dan serangan jauh di kawasan musuh, sekali gus mengurangkan risiko terhadap anggota tentera dalam operasi berbahaya. - Foto ST
Peranti Sistem Pengurusan Perang (BMS), yang menghubungkan pengguna dalam satu persekitaran digital bersama.
Peranti Sistem Pengurusan Perang (BMS), yang menghubungkan pengguna dalam satu persekitaran digital bersama. - Foto ST
Anggota Batalion Infantri Generasi Seterusnya (NGIB) boleh disusun semula kepada kumpulan kecil mengikut keperluan operasi yang berubah-ubah, sekali gus memberi komander lebih fleksibiliti untuk melaksanakan pelbagai misi secara serentak. Demikian dipamerkan semasa satu demonstrasi NGIB oleh Batalion Kelima Rejimen Infantri Singapura (5SIR) di Kemudan Latihan Operasi Bandar (UOTF) di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA), di mana satu seksyen enam anggota tentera sedang berada di hadapan pintu bangunan sebelum menceroboh masuk secara taktikal.
Anggota Batalion Infantri Generasi Seterusnya (NGIB) boleh disusun semula kepada kumpulan kecil mengikut keperluan operasi yang berubah-ubah, sekali gus memberi komander lebih fleksibiliti untuk melaksanakan pelbagai misi secara serentak. Demikian dipamerkan semasa satu demonstrasi NGIB oleh Batalion Kelima Rejimen Infantri Singapura (5SIR) di Kemudan Latihan Operasi Bandar (UOTF) di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA), di mana satu seksyen enam anggota tentera sedang berada di hadapan pintu bangunan sebelum menceroboh masuk secara taktikal. - Foto ST
Bagi Pegawai Pemerintah (CO) bagi Batalion Kelima Rejimen Infantri Singapura (5SIR), Leftenan Kolonel (LTC) Shahreel Rajaratnam, Batalion Infantri Generasi Seterusnya (NGIB) menawarkan fleksibiliti dalam melaksanakan pelbagai misi dengan mengutamakan penggunaan mesin bagi menjalankan tugas berbahaya.
Bagi Pegawai Pemerintah (CO) bagi Batalion Kelima Rejimen Infantri Singapura (5SIR), Leftenan Kolonel (LTC) Shahreel Rajaratnam, Batalion Infantri Generasi Seterusnya (NGIB) menawarkan fleksibiliti dalam melaksanakan pelbagai misi dengan mengutamakan penggunaan mesin bagi menjalankan tugas berbahaya. - Foto ST
Bergantung pada keperluan misi, antara dron pengawasan dan dron serangan yang dikendalikan oleh Seksyen Steel Net adalah (dari kiri atas, putaran jam) sistem udara tanpa pemandu Vesper, ARTOS, ARES dan kuadkopter M6F. Dron-dron tersebut dipamerkan semasa demonstrasi khas Batalion Infantri Generasi Seterusnya (NGIB) di Kawasan Latihan Operasi Bandar (UOTF), yang terletak di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA), Queensland, Australia, pada 22 Oktober.
Bergantung pada keperluan misi, antara dron pengawasan dan dron serangan yang dikendalikan oleh Seksyen Steel Net adalah (dari kiri atas, putaran jam) sistem udara tanpa pemandu Vesper, ARTOS, ARES dan kuadkopter M6F. Dron-dron tersebut dipamerkan semasa demonstrasi khas Batalion Infantri Generasi Seterusnya (NGIB) di Kawasan Latihan Operasi Bandar (UOTF), yang terletak di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA), Queensland, Australia, pada 22 Oktober. - Foto ST
Komander Steel Net daripada Batalion Kelima Rejimen Infantri Singapura (5SIR), Sarjan Ketiga (3SG) Scott Michael Thomas, memegang dron ARTOS di Kawasan Latihan Operasi Bandar (UOLF), yang terletak di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA), Queensland, Australia, pada 22 Oktober. Dron tersebut merupakan munisi udara separa autonomi yang dipandu juruterbang, menggabungkan keupayaan mobiliti dan peninjauan dron dengan kuasa tembakan bom tangan.
Komander Steel Net daripada Batalion Kelima Rejimen Infantri Singapura (5SIR), Sarjan Ketiga (3SG) Scott Michael Thomas, memegang dron ARTOS di Kawasan Latihan Operasi Bandar (UOLF), yang terletak di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA), Queensland, Australia, pada 22 Oktober. Dron tersebut merupakan munisi udara separa autonomi yang dipandu juruterbang, menggabungkan keupayaan mobiliti dan peninjauan dron dengan kuasa tembakan bom tangan. - Foto ST