Acara sukan, penyanyi Taylor Swift dan boneka Labubu nampaknya paling banyak bermain di minda penduduk Singapura pada 2024.
‘Uefa Euro 2024’, ‘US Elections 2024’, ‘Olympics 2024’, ‘Taylor Swift’ dan ‘CDC Vouchers’ merupakan lima kata carian Google paling terkemuka Singapura pada 2024, menurut satu kenyataan syarikat gergasi Internet itu pada 10 Disember.
Senarai ‘Carian Tahun Ini Google’ menonjolkan pertanyaan, detik dan individu paling dicari dalam talian itu sepanjang tahun. Ia dikumpul daripada lebih satu trilion pertanyaan carian yang diterima Google setiap tahun.
Dalam kategori ‘Berita Paling Trending Singapura’, kata carian paling utama ialah ‘Taylor Swift’, yang mengadakan enam persembahan laris bagi konsert ‘Eras Tour’ di Stadium Negara dari 2 hingga 9 Mac.
‘Trending’ bermaksud popular atau dibincangkan secara meluas dalam talian, terutamanya dalam media sosial, buat masa ini.
Ratu pop itu tampil kali pertama dalam senarai 2023 Google menyusuli laporan mengenai persembahannya di Singapura.
Beliau terus menguasai sebagai Personaliti Antarabangsa Paling Trending No. 1 bagi tahun kedua berturut-turut pada 2024.
Yang baru memasuki senarai itu ialah Labubu (Berita Paling Trending Singapura No. 3, Carian Trending No. 10), iaitu watak nakal daripada syarikat mainan Pop Mart yang menawan seluruh dunia.
Di kemuncak popularitinya, ramai orang berusaha mencari cara untuk mendapatkan gelang kunci boneka itu.
Warga Singapura juga mencari inisiatif sokongan kewangan, seperti baucar CDC (Majlis Pembangunan Masyarakat) dan GST (carian nombor 2 dan nombor 8) untuk mengendali perbelanjaan rumah di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup.
Acara sukan seperti Uefa Euro 2024, Olimpik 2024, Piala Asia AFC dan Copa America juga antara carian utama.
Atlet luncur lelayang Max Maeder, yang memenangi pingat perak dan menjadi pemenang pingat Olimpik termuda Singapura pada usia 17 tahun, merupakan ‘Personaliti Tempatan Paling Trending’.
Personaliti tempatan paling ‘trending’ lain termasuk Encik Lawrence Wong, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keempat Singapura pada 15 Mei, dan isterinya, Cik Loo Tze Lui.
Mereka masing-masing menduduki tempat kedua dan kelima.
Di pentas global, pengguna Internet di Singapura mengikuti dengan teliti pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Taiwan dan India.
Ramai mengikuti bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump; Naib Presiden Kamala Harris dan Presiden Joe Biden, yang merupakan antara ‘10 Personaliti Antarabangsa Paling Trending’.
Pengurus perhubungan Google Singapore, Cik Ho Xiuxian, berkata syarikat itu berharap untuk menggunakan Carian Google bagi menyampaikan maklumat paling bermutu kepada penggunanya.
“Sedang warga Singapura memilih Google secara naluri untuk mengikuti hal ehwal semasa atau trend terkini, kami akan terus membantu warga Singapura mencari maklumat dengan cara yang lebih semula jadi dan naluri, dengan memanfaatkan kerja kami membantu pengguna mencari melalui teks, gambar dan suara,” ujarnya.
Carian Paling Trending Singapura
1. Uefa Euro 2024
2. US Elections 2024
3. Olympics 2024
4. Taylor Swift
5. CDC Vouchers
6. How To Make Millions Before Grandma Dies
7. Copa America
8. AFC Asian Cup
9. Liam Payne
10. Labubu
Berita Singapura Paling Terkini
1. Taylor Swift
2. CDC Vouchers
3. Labubu
4. iPhone 16
5. Excessive heat
6. Max Maeder
7. Lawrence Wong
8. GST Voucher
9. CrowdStrike
10. Mpox
Berita Antarabangsa Terkini
1. US elections 2024
2. Olympics 2024
3. India election results
4. Japan earthquake
5. Iran
6. CrowdStrike share price
7. Taiwan earthquake
8. Diddy
9. 2024 Taiwan presidential election
10. Baltimore bridge
Personaliti Tempatan Terkini
1. Max Maeder
2. Lawrence Wong
3. Fatin Amira
4. Lee Wei Ling
5. Loo Tze Lui
6. S. Iswaran
7. Nurul Aini
8. Wee Cho Yaw
9. Mitchell Ong
10. Benjamin Kheng
Personaliti Antarabangsa Terkini
1. Taylor Swift
2. Donald Trump
3. Kate Middleton
4. Pope Francis
5. Kamala Harris
6. Bruno Mars
7. Joe Biden
8. Sabrina Carpenter
9. Imane Khelif
10. Travis Kelce
Filem Terkini
1. How To Make Millions Before Grandma Dies
2. Inside Out 2
3. Deadpool & Wolverine
4. Dune 2
5. Kung Fu Panda 4
6. Madame Web
7. Alien: Romulus
8. Exhuma
9. Money No Enough 3
10. Despicable Me 4
Siaran Televisyen Terkini
1. Queen Of Tears
2. Marry My Husband
3. The Double
4. Lovely Runner
5. 3 Body Problem
6. Star Awards 2024
7. The Tale Of Rose
8. Love Next Door
9. Gyeongseong Creature
10. Hierarchy
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg