Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aplikasi AWEDIO SPH Media rangkul Anugerah Kecemerlangan bagi podcast radio

Jun 9, 2023 | 7:22 PM
CATAT KECEMERLANGAN: Menerusi aplikasi AWEDIO, SPH Media juga telah memasukkan iklan dan mempromosikan podcast dari rangkaian tajuk beritanya seperti The Straits Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan The Business Times.
CATAT KECEMERLANGAN: Menerusi aplikasi AWEDIO, SPH Media juga telah memasukkan iklan dan mempromosikan podcast dari rangkaian tajuk beritanya seperti The Straits Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan The Business Times. - Foto CMG

Aplikasi AWEDIO di bawah SPH Media dan disokong Triton Digital, merangkul Anugerah Kecemerlangan bagi Podcast Radio - Singapura di Anugerah Penyiaran+ Asia Pasifik pada Khamis.

Anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang syarikat dalam bidang podcast radio di Singapura.

Menurut kenyataan SPH Media pada Jumaat, penggunaan teknologi podcast dan penstriman audio yang pantas dan kreatif oleh SPH Media telah membolehkan syarikat tersebut untuk menyampaikan kandungan penyiaran harian dari lima stesen radionya menerusi podcast dengan campur tangan amat sedikit.

Dengan teknologi itu, SPH Media juga telah menyelitkan iklan dan mempromosikan podcast dari rangkaian tajuk beritanya seperti The Straits Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan The Business Times.

Ini telah membantu SPH Media untuk meningkatkan jumlah muat turun podcast sebanyak tiga kali ganda dalam tiga tahun.

SPH Media telah menjadi perintis dalam industri podcast radio di Singapura.

Ia melancarkan podcast radio pertamanya pada 2016, dan sejak itu menghasilkan pelbagai podcast popular, termasuk The Land Before Bedtime, Ready Set Go!, True Crimes of Asia dan Book Monsters.  

Ketua Editor Kumpulan Media Gaya Hidup dan HIburan di SPH Media, Encik Ignatius Low, berkata pihaknya berbesar hati dapat menerima anugerah ini.

“Kepopularan podcast dan kandungan audio digital lain berdasarkan permintaan merupakan trend yang boleh memberi manfaat kepada stesen radio penyiaran tradisional juga.

“Anugerah ini ialah hasil kerja keras dan dedikasi pasukan kami, yang telah menetapkan asas bagi SPH Media untuk menjadi ‘rumah’ kepada pelbagai kandungan podcast bermutu tinggi dan menarik yang diambil dari rangkaian radio dan tajuk beritanya.”

Anugerah Penyiaran+ Asia-Pasifik merupakan majlis anugerah tahunan yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri penyiaran di rantau Asia Pasifik. Anugerah itu dianjurkan Asian Business Review.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg