Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Asmah Laili ke mana-mana dengan tangki oksigen

Jul 5, 2016 | 5:30 AM
- Foto TUKIMAN WARJI
- Foto TUKIMAN WARJI -

APABILA berbual tentang juadah Hari Raya, memang seronok mendengar dan mencedok ilmu daripada selebriti pakar masak Mami Asmah Laili.

Keghairahannya berbincang tentang makanan dan pengetahuannya yang meluas tentang kandungan bahan makanan sungguh menyerlah sehingga ada kalanya beliau terlupa penyakit yang dialaminya.

Sejak lapan bulan lalu Mami Asmah, yang mengalami fibrosis pulmonari iaitu kerosakan pada peparu yang menyebabkan masalah pernafasan yang serius, perlu mendapatkan bantuan oksigen tambahan daripada tangki oksigen mudah alih yang diletakkan di rumahnya.

Beliau perlu menggunakannya selama 15 jam sehari dan ini termasuk ketika tidur dan ada kalanya ketika solat.

Mentelah lagi, ubat yang perlu dimakan mengakibatkan kesan sampingan sehingga menyebabkan kakinya bengkak, sekali gus memerlukannya menggunakan kerusi roda.

Bagaimanapun, sikapnya yang sentiasa positif membuat Mami Asmah, 75 tahun, cekal menghadapi kehidupan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg