Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atur jemaah dalam kumpulan kecil mudah tumpu ibadah, erat ukhwah

Nov 8, 2024 | 5:30 AM
Jemaah haji Sha Travel & Tour pada 2023 bergambar di Jabal Rahmah di Makkah.
Jemaah haji Sha Travel & Tour pada 2023 bergambar di Jabal Rahmah di Makkah. - Foto SHA TRAVEL & TOUR PTE LTD

Sha Travel & Tour mengalu-alukan jemaah yang suka bergerak dalam kumpulan kecil dan mendapat bimbingan khusus daripada pegawai dan mutawif untuk bersama syarikat ini menunaikan haji mereka.

“Seperti tahun-tahun sudah, kumpulan jemaah yang kami bawa tidak terlalu ramai jadi kami dapat tumpu pada ibadah, dan masalah mereka.

“Hubungan ukhuwah jemaah juga terjalin sehingga selepas haji dan sampai ke hari ini, mereka masih berhubungan.

“Kami menganggap semua jemaah sebagai keluarga kami sendiri,” jelas Pengarah, Sha Travel & Tour Pte Ltd, Cik Hanim Hashim.

Syarikatnya, ujar Cik Hanim, semampu mungkin dengan izin Allah swt akan mengendalikan ibadah haji mengikut perjalanan sunah Rasulullah saw.

Sha Travel telah ditubuhkan pada 1990 untuk menyediakan perkhidmatan pakej haji dan umrah di samping menyediakan pakej pelancongan yang berbaloi.

Tiket penerbangan dan penginapan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia turut disediakan.

Untuk pakej haji 2025, Sha Travel akan memastikan tempat penginapan berdekatan masjid untuk memudahkan jemaah beribadah.

Jemaah akan menginap di Menara Movenpick Hajar yang terletak di dalam Menara Jam, atau Clock Tower, di Makkah dan di hotel The Oberoi di Madinah.

“Kami menggunakan hotel di hadapan masjid di mana anda tidak perlu menyeberang mana-mana jalan,” kata Cik Hanim.

Pakej Ukhwah Ibadah Haji 2025 Sha Travel, dibahagi pada standard (lazim) dan pendek.

Untuk pakej standard, harga bermula pada $18,845; dan untuk pakej pendek pula bermula pada harga $16,795 untuk bilik dua orang.

Tarikh penerbangan dari 2 Jun hingga 18 Jun 2025, namun tertakluk pada pihak penerbangan.

Cik Hanim menasihati jemaah agar mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan juga mendalami ilmu berkenaan haji melalui kursus yang dianjurkan.

Ia akan memudahkan perjalanan jemaah apabila di tanah suci walaupun di sana nanti, jemaah akan dipimpin dalam setiap perjalanan haji.

“Disebabkan cuaca di sana masih tinggi suhunya, jemaah kena bawa pakaian yang sesuai dan juga pastikan cukup minum air serta menggunakan payung atau topi semasa keluar.

“Ini untuk jemaah wanita dan jemaah lelaki, jika mereka tidak di dalam ihram,” jelas Cik Hanim tentang apakah yang patut dijangkakan apabila jemaah berada di sana.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Sha Travel & Tour melalui talian 6295-1271 atau WhatsApp ke 9034-4220.

Atau kunjungi pejabat mereka di 390 Victoria Street, #02-43, Golden Landmark, Singapura 188061.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg