Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AVA lancar tender 5 tapak tani umum

Jun 17, 2018 | 5:30 AM
-

PENGUASA Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) melancarkan tender lima tapak tanah bagi kegunaan pertanian umum di Lim Chu Kang, Sungei Tengah, menurut kenyataan AVA.

Sebanyak tiga tapak tanah khas bagi perladangan umum bagi makanan di Lim Chu Kang dan Sungei Tengah.

Dua lagi tapak adalah bagi perladangan bukan makanan di Sungei Tengah.

Dari lima tapak tanah, tiga tapak tanah itu akan digunakan bagi ladang makanan, makanan laut, kambing bagi menghasilkan susu dan/atau katak, kata AVA.

Tiga tapak itu terletak di Neo Tiew Crescent dan Sungei Tengah Road.

Baki dua tapak tanah akan digunakan bagi perladangan bukan makanan seperti ikan peliharaan, tanaman dalam air dan/atau burung peliharaan.

Tapak tanah itu disediakan di Jalan Lekar, Sungei Tengah.

Tapak tersebut mempunyai tempoh sewa 20 tahun dan mempunyai kawasan seluas 10,000 hingga 12,000 meter persegi.

Perincian lanjut tentang tapak tanah itu disediakan di laman www.ava.gov.sg/landsales.

Maklumat tender yang mengandungi perincian dan syarat tender tapak tanah boleh didapatkan di Pusat Perkhidmatan AVA.

Tender ditutup tengah hari 23 Ogos ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg