Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Awas maklumat palsu berkaitan CPF

Nov 15, 2024 | 7:02 PM
Orang ramai yang ingin membuat atau mengemaskinii penamaan CPF boleh melakukan demikian di cpf.gov.sg/nomination. Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh melakukan demikian di sebarang Pusat Perkhidmatan CPF.
Orang ramai yang ingin membuat atau mengemaskinii penamaan CPF boleh melakukan demikian di cpf.gov.sg/nomination. Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh melakukan demikian di sebarang Pusat Perkhidmatan CPF. - Foto fail

Tabung Simpanan Pekerja (CPF) telah mengeluarkan amaran tentang maklumat palsu yang tersebar berkaitan nominasi CPF.

Maklumat yang tersebar melalui mesej WhatsApp mengenai perubahan dasar simpanan wang CPF adalah tidak benar, menurut kenyataan CPF.

Mesej tersebut menyatakan bahawa apabila seseorang meninggal dunia, simpanan CPF akan dipindahkan ke akaun CPF penama (nominee) untuk dibayar melalui pembayaran bulanan apabila mereka mencapai usia 65 tahun.

Jurucakap CPF menekankan tiada sebarang perubahan kepada dasar CPF.

Jelasnya:

“Secara lazim, apabila anda membuat penamaan, simpanan CPF anda akan diagihkan dalam wang tunai kepada penama.

“Walau bagaimanapun jika anda ingin mengagihkan simpanan CPF anda kepada akaun CPF penama anda, anda boleh memilih Skim Penamaan Dipertingkatkan.”

Orang ramai yang ingin membuat atau mengemaskinii penamaan CPF boleh melakukan demikian di cpf.gov.sg/nomination.

Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh melakukan demikian di sebarang Pusat Perkhidmatan CPF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg