Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Awas! Usah imbas kod QR risalah ini, kata NEA

Oct 25, 2023 | 5:59 PM
JANGAN MUDAH TERPEDAYA : NEA beri amaran, agar tidak mengimbas kod QR dalam risalah ini.
JANGAN MUDAH TERPEDAYA : NEA beri amaran, agar tidak mengimbas kod QR dalam risalah ini. - FOTO NEA/FACEBOOK

Usah imbas kod QR yang tidak diketahui atau pautan akses pada risalah atau bahan lain daripada sumber mencurigakan.

Begitu amaran Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu catatan di Facebook baru-baru ini.

Risalah yang telah disebarkan itu dikatakan sebagai pemberitahuan kepada orang ramai tentang lampu denggi percuma yang boleh didapatkan, bagi menghapuskan nyamuk denggi.

Kod QR dilampirkan dalam risalah itu supaya mereka yang berminat boleh mendapatkannya.

NEA memberi amaran keras supaya orang ramai berhati-hati dan usah mengimbas kod itu atau mengkases sebarang pautan yang mencurigakan.

Dalam satu catatan Facebook, NEA berkata:

“Sekali lagi kami telah dimaklumkan tentang risalah bahawa sesetengah penduduk terus menerima risalah mendapatkan lampu denggi percuma, dan ingin mengulangi bahawa risalah itu BUKAN dari NEA.

“Tambahan lagi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan peraturan bagi pengiklanan yang diterbitkan penasihat kewangan dan menasihatkan pengguna agar tidak memberi respons kepada iklan yang tidak dikenali, seperti risalah ini, memandangkan mereka mungkin berurusan dengan orang tidak layak.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg