Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ayah CEO PropNex sambut Hari Bapa dan ulang tahun ke-100

Jun 16, 2024 | 6:45 PM
Lebih 70 tetamu, merangkumi anggota keluarga, saudara-mara dan teman terdekat menyambut ulang tahun ke-100, Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim, ayah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, di Sky Ballroom, Parkroyal di Beach Road.
Lebih 70 tetamu, merangkumi anggota keluarga, saudara-mara dan teman terdekat menyambut ulang tahun ke-100, Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim, ayah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, di Sky Ballroom, Parkroyal di Beach Road. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bagi memperingati sumbangan dan perjalanan pahit manis ayahnya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), agensi hartanah PropNex, Encik Ismail Gafoor, menganjurkan satu acara sesi makan siang hari di Parkroyal di Beach Road bagi menyambut ulang tahun ke-100 ayahnya, Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim.

Majlis itu turut diadakan sempena Hari Bapa yang jatuh pada 16 Jun.

Encik Ismail, anak keempat daripada keluarga enam beradik, berkata acara tersebut bertujuan menghargai nilai disiplin, kerja keras, kasih sayang dan sifat tidak kenal erti kalah yang dipupuk ayahnya, sekali gus menjadi azam di sebalik kejayaan beliau dan adik-beradiknya.

Semasa kecil, Encik Ismail, mantan Kolonel Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), berkata beliau bangun tidur seawal 3 atau 4 pagi setiap hari untuk membantu ayahnya, seorang penghantar surat khabar, pergi dari blok ke blok untuk menjalankan tugasnya.

Pengalaman itu membentuk sifat disiplin dalam diri Encik Ismail yang membolehkannya berjaya di SAF dan kini sebagai pemimpin syarikat, tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, menyampaikan ucapan pada acara sambutan ulang tahun ke-100 ayahnya sempena Hari Bapa.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, menyampaikan ucapan pada acara sambutan ulang tahun ke-100 ayahnya sempena Hari Bapa. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

“Ramai daripada kami di sini telah berjaya dan menganggap harta sebagai tanda kejayaan masing-masing.

“Tetapi bagi saya, orang yang paling kaya di sini adalah ayah.

“Tumpuannya hanya kepada kerja, kasih sayang kepada keluarganya, dan sentiasa mementingkan keperluan orang lain berbanding kehendak dirinya sendiri,” kata Encik Ismail, yang kelihatan sebak semasa berucap di majlis yang berlangsung di Sky Ballroom itu.

Bercakap dengan wartawan, Encik Abdul Gafoore, berkata beliau membesar dalam kemiskinan di India, bersama empat adik-beradik tanpa rumah dan tempat berteduh.

Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim, 100 tahun, ayah kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor.
Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim, 100 tahun, ayah kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Beliau tiba di Singapura pada 1947 pada usia 20-an tahun untuk mencari nafkah.

Di Singapura, beliau mengendalikan sebuah kedai runcit dan menjadi penghantar akhbar di beberapa lokasi.

Sepanjang kerjayanya, beliau menggunakan simpanannya untuk membina rumah bagi keluarganya di Kodavasal, India, sementara menguruskan rumah tangga sendiri di sebuah rumah sewa satu bilik di Singapura.

Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim (tengah) menerima kek istimewa sempena meraikan ulang tahun ke-100 beliau dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor (belakang, empat dari kiri) dan lebih 70 tetamu, merangkumi anggota keluarga, saudara-mara dan teman terdekat di Sky Ballroom, Parkroyal di Beach Road pada 16 Jun.
Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim (tengah) menerima kek istimewa sempena meraikan ulang tahun ke-100 beliau dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor (belakang, empat dari kiri) dan lebih 70 tetamu, merangkumi anggota keluarga, saudara-mara dan teman terdekat di Sky Ballroom, Parkroyal di Beach Road pada 16 Jun. - Foto ZAOBAO
Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim (tengah) menerima kek istimewa sempena meraikan ulang tahun ke-100 beliau dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor (belakang, berjaket hitam) dan lebih 70 tetamu, merangkumi anggota keluarga, saudara-mara dan teman terdekat di Sky Ballroom, Parkroyal di Beach Road pada 16 Jun.
Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim (tengah) menerima kek istimewa sempena meraikan ulang tahun ke-100 beliau dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor (belakang, berjaket hitam) dan lebih 70 tetamu, merangkumi anggota keluarga, saudara-mara dan teman terdekat di Sky Ballroom, Parkroyal di Beach Road pada 16 Jun. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Encik Abdul Gafoore, dan isterinya, Cik Maharunnisa Khader Mohideen, 78 tahun, kini mempunyai 16 cucu dan lima cicit.

Acara pada 16 Jun itu dihadiri lebih 70 tetamu termasuk anggota keluarga, saudara-mara terdekat dan teman rapat.

Di acara itu juga, Encik Ismail melancarkan 26 set teko dan cawan khas bagi meraikan ulang tahun ke-100 ayahnya itu dengan niat agar nilai yang dipupuk ayahnya dapat dilestarikan hingga ke generasi akan datang.

Set teko dan cawan khas bagi menyambut ulang tahun ke-100 Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim.
Set teko dan cawan khas bagi menyambut ulang tahun ke-100 Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Set teko tersebut diberikan kepada beberapa anggota keluarga dan kenalan tertentu.

Encik Nazim Gafoor, 38 tahun, salah seorang cucu Encik Abdul Gafoore, berkata:

“Sudah tentu acara ini sangat istimewa sebab datuk saya generasi perintis yang telah membesarkan sebuah keluarga yang cemerlang.

“Sempena Hari Bapa, saya harap kami sebagai cucu juga dapat memupuk nilai ini kepada anak-anak kami,” kata bapa tiga anak itu.

Antara cucu Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim termasuk (dari kiri) Cik Liyana Gafoor, 31 tahun; Encik Nazim, 38 tahun; dan Encik Halim, 34 tahun.
Antara cucu Encik Abdul Gafoore Mohamed Kassim termasuk (dari kiri) Cik Liyana Gafoor, 31 tahun; Encik Nazim, 38 tahun; dan Encik Halim, 34 tahun. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg