Jika anda gagal mendapatkan tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, usah bimbang!
Ikuti wartawan Berita Harian (BH) yang akan membawa anda menikmati suasana meriah melalui perspektif atau ‘POV’ penonton di sana secara maya melalui sesi ‘live’ atau lintas langsung melalui wadah TikTok @beritahariansg.
Sesi ‘live’ tersebut bakal membuat penonton merasakan seperti mereka sedang turut sama berada di Padang bagi meraikan acara itu.
Wartawan BH di Padang juga akan memberikan komentar secara langsung bagi beberapa adegan semasa sambutan tersebut.
Selain itu, wartawan BH juga akan turun untuk menemui mereka yang berpeluang ke Padang atau sedang berkelah di kawasan-kawasan sekeliling – seperti di The Promontory atau di kawasan Marina Bay Sands – untuk bertanyakan tentang pengalaman mereka menyambut NDP.
Sebagai sebahagian daripada atur cara bagi menyambut ulang tahun Singapura yang ke-59 tahun ini, podcast BH NoTapis turut tampil dengan episod khas yang antaranya ‘menyerlahkan’ bakat pempengaruh media sosial seperti Sofia Arissa, Pamela Lee Shuhadah dan juga beberapa wartawan BH.
Episod itu juga memaparkan pengalaman penyanyi dari Music & Drama Company, Cik Izzathy Halil, yang akan membuat persembahan di NDP buat kali ketiga tahun ini.
Dengarkan episod tersebut di Spotify, Apple Podcast dan laman web beritaharian.sg.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg