Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Azam kumpul dana untuk amal walau diri sendiri ada masalah kesihatan

Sep 28, 2021 | 5:30 AM
USAHA MURNI: Encik Muhammad Idris Alkhatib akan berbasikal sejauh 500km atau 32 pusingan di Tanah Merah Coastal Road bagi mengumpul derma $5,000 untuk disalurkan ke Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH). - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
USAHA MURNI: Encik Muhammad Idris Alkhatib akan berbasikal sejauh 500km atau 32 pusingan di Tanah Merah Coastal Road bagi mengumpul derma $5,000 untuk disalurkan ke Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH). - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

ENCIK Muhammad Idris Alkhatib sanggup mengetepikan keadaan dirinya yang mengalami rabdomiolisis - demi membantu mengumpul derma $5,000 untuk Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH).

Rabdomiolisis berlaku apabila badan tidak mampu menanggung pergerakan fizikal melampaui daya tahannya sehingga menjejas saraf dan buah pinggang serta boleh membawa maut.

Menurut karyawan berusia 46 tahun dan telah berumah tangga itu, beliau terdorong untuk membantu MWH setelah melihat kesungguhan kakitangannya menjaga penghuni di asrama itu.

"Saya tidak punya anak sendiri. Jadi saya cuba untuk membantu anak-anak lain, terutamanya mereka yang kurang upaya bila saya boleh," dedahnya kepada Berita Harian semalam.

Untuk itu, Encik Muhammad Idris akan berkayuh basikal sejauh 500km atau sebanyak 32 pusingan di Tanah Merah Coastal Road.

Tambah bermakna lagi, beliau akan bersama-sama pengembara ulung negara, Encik Khoo Swee Chiow, dalam ekspedisi 30 jam antara 9 hingga 10 Oktober ini.

"Kami diperkenalkan oleh seorang rakan kami. Kami berdua suka berbasikal jarak jauh, dan Swee Chiow adalah seorang yang sama gilanya macam saya yang sanggup lakukan acara sebegini," ujarnya secara seloroh, yang juga pengarah urusan Wiz Werx serta pengasas Habibi Cyclist.

Orang ramai boleh menderma menerusi wadah https://www.giving.sg/campaigns/habibi500

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg