Topik diikuti
Pergi ke BHkuAzza Travel & Tours tawar khidmat terbaik kepada jemaah haji, umrah dan pelancong
Azza Travel & Tours tawar khidmat terbaik kepada jemaah haji, umrah dan pelancong
Azza Travel & Tours Pte Ltd adalah antara syarikat yang diluluskan dan dilantik Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebagai ejen penjualan (GSA) bagi musim haji 2027.
Pengarah Azza Travel & Tours Pte Ltd, Encik Muhammad Najeeb Anwar, berkata:
“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi diberikan kesempatan dan peluang turut berkhidmat kepada jemaah haji bagi musim haji 2027.
“Pemilihan ini merupakan satu penghormatan besar. Kami beriltizam menunaikan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi.”
Azza Travel & Tours menawarkan dua pakej haji.
* Pakej pertama selama 23 hari, dari 4 hingga 26 Mei 2027.
* Pakej kedua selama 28 hari, dari 1 hingga 28 Mei.
Jemaah akan diketuai oleh Ustaz Haron Hassan Akhtar, dan dikendalikan dalam dwibahasa – bahasa Melayu dan Inggeris.
Selain haji, pakej umrah dengan harga yang berpatutan turut disediakan.
Pengurus Perjalanan Azza Travel & Tours, Cik Siti Aishah Said, berkata:
“Kami menawarkan perkhidmatan yang bernilai tambah, dan memastikan keperluan jemaah dipenuhi.”
Pakej Umrah 2027 yang ditawarkan termasuk perjalanan ke Makkah dan Madinah, Pakej Umrah Plus ke Jordan, Aqsa, Turkey dan Dubai serta Pakej Umrah ‘Supersaver’.
Di samping itu, Azza Travel & Tours, turut menawarkan pakej pelancongan sepanjang tahun.
Ini termasuk pakej Muslim Friendly & Adventure Tour ke Jepun, Korea, China, Finland dan Canada.
“Muslim Friendly & Adventure Tour ini bertujuan memberikan ketenangan dan keyakinan kepada pelancong menikmati pengalaman baharu tanpa perlu mengabaikan tuntutan agama,” ujar Cik Siti Aishah.
Beberapa daya tarikan pelancong dan kegiatan santai telah disenaraikan.
Misalnya kembara berbasikal di Jepun; lawatan 3-dalam-1, Seoul, Busan dan Jeju; ‘9 Hari Jalur Sutera China’, ‘Aurora Sighting’, serta menikmati hidangan ‘king crab’ di Finland; atau pakej 18 hari ke Canada.
SEKILAS
– Bagi pakej haji, umrah dan pelancongan, hubungi Azza Travel & Tours Pte Ltd di talian 6292-7110 / 8870-1234.
– Layari laman web, www.azzatravel.com.