Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Baca laporan BH secara percuma sempena Bulan Bahasa

Aug 18, 2023 | 5:30 AM
MARTABATKAN BAHASA: BH juga akan mainkan peranan dalam usaha meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu.
MARTABATKAN BAHASA: BH juga akan mainkan peranan dalam usaha meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu. - BH

Pembaca wadah digital menggunakan laman dan aplikasi digital Berita Harian (BH) dapat membaca laporan berbayar akhbar ini secara percuma sempena Bulan Bahasa yang sedang berlangsung.

“Ini memberi pembaca peluang menikmati semua laporan menarik kami sejajar juga dengan usaha kami memartabatkan bahasa Melayu,’’ kata Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar.

Akses percuma bagi tempoh terhad laman BH diberi mulai 29 Ogos sementara bagi aplikasi BH mulai 1 September.

Pengguna dikehendaki mendaftar nama dan e-mel yang akan tertera dalam laporan berbayar sebelum mereka dapat membaca laporan-laporan selanjutnya secara percuma. 

Pengguna IOS dan Android akan menerima versi yang dikemas kini dalam aplikasi mereka secara automatik, membolehkan mereka mendaftar dan membaca laporan berbayar secara percuma.

Mereka juga boleh mengemas kini aplikasi mereka secara manual daripada ‘Play Store atau App Store’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg