Badan Melayu/Islam rancang perluas khidmat guna jangkauan M³+

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badan Melayu/Islam rancang perluas khidmat guna jangkauan M³+

PPIS, 4PM, Muhammadiyah kongsi rancangan awal sokong keluarga, belia, bekas pesalah wanita
Mar 23, 2026 | 7:58 PM

Badan Melayu/Islam rancang perluas khidmat guna jangkauan M³+

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Badan Melayu/Islam,  M³+, PPIS, 4PM, Muhammadiyah
Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Hazlina Abdul Halim (tengah) menyerahkan pek makanan kepada salah seorang penerima projek Jalinan Kasih 4PM, Cik Norshima Yusof, di Kelab Masyarakat Fengshan pada 8 Mac. Beliau turut ditemani (dari kiri) anggota lembaga 4PM, Encik Mohd Hasni Mohd Hashim, dan Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain. - Foto 4PM

Sebahagian badan Melayu/Islam (MMO) sedang merancang untuk memperdalam khidmat sokongan keluarga di pelbagai peringkat, termasuk untuk bekas pesalah wanita dan belia berisiko melalui rangkaian M KuasaTiga (M3) yang diperluas.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), badan-badan tersebut berkata mereka yakin rangkaian M3 yang diperluas menjadi M3+ itu boleh menyepadukan usaha mereka dengan agensi pemerintah bagi menyediakan program yang lebih mudah diakses bagi golongan yang memerlukan.

Antaranya ialah PPIS yang mendamba kerjasama dengan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan rakan sektor di bawah M³+ untuk menyampaikan latihan berstruktur mengenai bantuan awal dan laluan rujukan.

Presiden PPIS, Profesor Madya Dr Razwana Begum Abdul Rahim, berkata ini diharap dapat menyelaras usaha pekerja kes, asatizah dan sukarelawan, serta memastikan keluarga menerima sokongan yang konsisten dan tepat pada masanya.

“Kami berharap dapat menyepadukan sokongan keluarga menyeluruh kami ke dalam M³+ supaya keluarga melalui satu laluan yang diselaraskan,” kata Dr Razwana.

“Daripada sokongan praperkahwinan dan keibubapaan kepada penyelesaian konflik, kepada integrasi semula untuk wanita, PPIS akan mereka bentuk bersama rakan kongsi dalam pendidikan, kesihatan masyarakat dan pekerjaan.”

Selain itu, PPIS juga berhasrat memperdalam peranan menyokong bekas pesalah wanita melalui Rangkaian Pemulihan MMO (MMORN), termasuk dalam usaha penjagaan, titik sentuhan keluarga dan penglibatan semula dalam masyarakat untuk mengurangkan risiko individu tersebut kembali ke tabiat buruk lamanya serta mengukuhkan kestabilan keluarga.

Ia juga ingin menyelaraskan laluan Rumah Peralihan Rise Above dengan rakan kongsi MMORN merentasi M³@Bandar, masjid dan perkhidmatan masyarakat, kata Dr Razwana.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim; Ketua, Perhubungan Korporat Club Heal, Cik Rozlin Farid Vanzandt; dan CEO PPIS, Cik Aidaroyani Adam, bergambar bersama penerima biskut perayaan.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim; Ketua, Perhubungan Korporat Club Heal, Cik Rozlin Farid Vanzandt; dan CEO PPIS, Cik Aidaroyani Adam, bergambar bersama penerima biskut perayaan. - Foto PPIS

Melalui rangkaian M³+ juga, PPIS merancang untuk merasmikan laluan rujukan bersama supaya pasangan yang baru berkahwin, keluarga muda dan mereka yang sedang menjalani perkahwinan semula atau konflik awal boleh mengakses kaunseling, sokongan keibubapaan dan pengantaraan keluarga dengan lebih cepat.

Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) pula berharap dapat meneruskan dan meningkatkan peranan sebagai peneraju bersama kumpulan projek antara MMO dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di bawah M³+.

Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain, berkata langkah ini akan membentuk usaha pencegahan yang lebih terselaras untuk belia yang mungkin terdedah kepada pengaruh negatif atau risiko kesalahan awal.

“Matlamatnya adalah untuk menyokong mereka lebih awal melalui penglibatan belia yang positif, intervensi yang tepat pada masanya dan penyelarasan yang lebih erat merentasi agensi dan organisasi komuniti, supaya risiko dapat ditangani di hulu sebelum ia memuncak,” katanya.

Bercakap di Parlimen pada 5 Mac, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengumumkan M3 akan diubah menjadi M3+ serta hasrat menggalak kerjasama lebih meluas antara M3+ dengan MMO untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan.

Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, melahirkan harapan agar usaha badan-badan individu boleh disepadukan dengan lebih baik di bawah M³+ bagi memastikan aliran bantuan yang lebih cekap untuk masyarakat Melayu/Islam.

Sebagai contoh, beliau berkata Muhammadiyah berhasrat menggunakan rangka kerja M³+ untuk menyelaras usahanya dengan matlamat negara secara lebih berkesan.Ia juga ingin bekerjasama dengan rakan kongsi untuk merapatkan jurang perkhidmatan supaya programnya dapat menjangkau golongan yang terdedah dengan lebih baik.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kiri) bersama Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman (lima dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim (tiga dari kiri) bersama warga emas dari Pusat Kesihatan dan Penjagaan Harian Muhammadiyah (MHCC) dan keluarga berpendapatan rendah dalam kawasan Eunos.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kiri) bersama Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman (lima dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim (tiga dari kiri) bersama warga emas dari Pusat Kesihatan dan Penjagaan Harian Muhammadiyah (MHCC) dan keluarga berpendapatan rendah dalam kawasan Eunos. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

“Kami sedang memperhalusi Bank Masyarakat kami untuk berfungsi sebagai sistem sokongan yang mampan di mana sumber — mengembangkan skop susu & lampin semasa kepada barangan makanan penting dan bahan pendidikan — diuruskan dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” kata Ustaz Azri.

Beliau menambah Muhammadiyah juga sedang berusaha untuk bekerjasama dengan badan M³ dan MMO untuk mengenal pasti blok atau kawasan tertentu yang memerlukan sokongan yang lebih intensif seperti keluarga berpendapatan rendah, warga emas yang tinggal bersendirian, dan belia daripada latar belakang yang kurang bernasib baik.

Dengan menggabungkan sumber dengan rakan kongsi lain, Ustaz Azri berkata Muhammadiyah dapat memastikan usahanya dapat mencapai isi rumah yang paling terdedah tanpa menduplikasi usaha agensi lain.

“Matlamat utama adalah untuk menggerakkan masyarakat ke arah berdikari jangka panjang,” kata Ustaz Azri.

“Kami ingin memastikan bahawa penerima manfaat kami bukan sahaja disokong semasa krisis, tetapi juga diberi kuasa dengan kestabilan dan pengetahuan untuk akhirnya menyumbang kembali kepada semangat kolektif yang sama yang telah membantu mereka.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg