Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bagaimanakah perkahwinan semula dengan bekas pasangan jejas perintah mahkamah?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bagaimanakah perkahwinan semula dengan bekas pasangan jejas perintah mahkamah?

Mar 10, 2024 | 05:30 AM



Bagaimanakah perkahwinan semula dengan bekas pasangan boleh menjejas perintah mahkamah selepas perceraian muktamad?

Memberi penjelasan, peguam syariah, Cik Rafidah Wahid, dari R.W Law Practice, berkata:

“Jika perceraian selesai dan perintah pembahagian harta sepencarian telah dibuat, dan kedua-dua pihak itu berkahwin semula selepas tempoh idah, dua senario mungkin berlaku.”

Beliau menambah, jika pembahagian harta dan lain-lain (contohnya penjualan atau pemindahan) belum dilaksanakan, mereka boleh memohon kepada mahkamah untuk mengubah perintah mahkamah atas dasar kedua-dua pihak telah berdamai dan oleh itu perintah mahkamah dibatalkan.

Senario kedua ialah apabila pembahagian harta dan lain-lainnya telah dilaksanakan (contoh rumah telah dijual dan dibahagikan) dan perkahwinan semula berlaku selepas itu, maka mereka terikat dengan kontrak yang mereka buat untuk menjual rumah itu kepada pembeli.

Dalam kes sedemikian, perkahwinan semula mereka tidak sepatutnya menjejas pembahagian harta apatah lagi ia telah pun dilaksanakan.

Peguam, Encik Muhammad Rizuan Muhammad, dari Emerald Law LLC pula berkata perintah mahkamah untuk hak penjagaan kanak-kanak tidak menjejas perkahwinan semula.

Pasangan dapat hidup seperti sediakala jika kededua pihak bersetuju.

Baru-baru ini, kisah pasangan yang bercerai dan rujuk kembali setelah bertahun berpisah menarik perhatian apabila Berita Harian melaporkan pelakon, Nina Fevriena, mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan bekas suaminya, Zack Zuraini, setelah tujuh tahun berpisah.


Kadar perceraian di Singapura pada 2022 menyaksikan berkurang 9.9 peratus kepada 7,107 daripada 7,890 pada 2021.

Namun begitu, median umur semasa perceraian meningkat dalam tempoh 10 tahun lalu, dari 41.6 tahun pada 2012 kepada 44.4 tahun pada 2022 untuk lelaki, dan dari 38.0 tahun kepada 40.5 tahun bagi perempuan.

Menurut Ustaz Mohd Khair Rahmat yang juga seorang kadi, selain kecurangan, antara punca lain yang mengakibatkan perceraian adalah pertengkaran hangat yang mencetuskan keputusan mendadak, salah faham dan tidak berupaya berkomunikasi dengan baik di samping juga isu kewangan.

Menurutnya, beliau pernah menyaksikan antara lima hingga enam kes rujuk kembali setiap bulan (anggaran), dan adakalanya tidak ada sama sekali.

Rujuk adalah penyatuan semula yang dibenarkan bagi pasangan yang baru melafazkan cerai, dalam tempoh terhad yang dipanggil idah.

“Rujuk digalakkan untuk menyatukan keluarga dan anak-anak, terutama apabila perceraian dilafazkan secara tergesa-gesa, dan dikesali, dan pasangan masih mempunyai rasa kasih sayang terhadap satu sama lain.

Tempoh rujuk mengikut tiga kitaran haid isteri, atau untuk yang sudah putus haid, dalam tiga bulan,” kata Ustaz Mohd Khair.

Tambahnya lagi: “Jika tempoh rujuk sudah tamat, atau berlalu, pasangan tidak boleh bersama lagi, dan harus bernikah semula untuk bersatu.”

Di Singapura, Program Kaunseling Perkahwinan (MCP) bagi membincangkan masalah rumah tangga dan meneroka peluang menyelamatkan perkahwinan telah diadakan sejak 2004.

Menurut laporan Berita Harian pada 2023, dalam tempoh 10 tahun pertama sejak MCP dilancarkan, lebih 27,000 rujukan telah dibuat dan 44 peratus daripada pasangan dalam program itu mengambil keputusan tidak meneruskan perceraian.


Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Cik Guy Ghazali, berkata dalam laporan itu:

“Kami ingin menasihatkan agar pasangan yang mahu bercerai datang ke mahkamah sebelum melafazkan talak, kerana struktur mahkamah menyediakan banyak perlindungan berbeza dalam proses perceraian. Ini untuk memastikan pihak terlibat tahu apa yang mereka benar-benar mahukan, iaitu perceraian, atau sama ada masih ingin mempertahankan perkahwinan mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >