Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahren nasihati belia usah gentar ceburi bidang kewangan

Jun 24, 2024 | 9:18 PM
Mantan CEO Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari (berdiri dua dari kanan) bersama peserta semasa perbincangan berkumpulan, yang turut disertai Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (berdiri tiga dari kanan); Editor Audiens dan Perkembangan Berita Harian, Cik Norhaiza Hashim (berdiri empat dari kanan); dan Timbalan Editor Audiens dan Perkembangan Berita Harian, Cik Rabiatul Adawiya Binhan (berdiri dua dari kiri).
Mantan CEO Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari (berdiri dua dari kanan) bersama peserta semasa perbincangan berkumpulan, yang turut disertai Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (berdiri tiga dari kanan); Editor Audiens dan Perkembangan Berita Harian, Cik Norhaiza Hashim (berdiri empat dari kanan); dan Timbalan Editor Audiens dan Perkembangan Berita Harian, Cik Rabiatul Adawiya Binhan (berdiri dua dari kiri). - Foto-foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, berharap golongan muda Melayu/Islam tidak takut atau ragu-ragu menceburi bidang kewangan.

Beliau melahirkan harapannya itu berdasarkan perjalanan dan pengalaman kerjayanya daripada seorang juruaudit kepada banker yang mengemudi sebuah bank.

Encik Bahren, yang juga anggota Lembaga Pengarah SPH Media dan Universiti Nasional Singapura (NUS), berkongsi pengalamannya dalam sesi kedua Siri Jauhari anjuran Berita Harian (BH) dan OMGxBH pada 24 Jun.

Siri Jauhari adalah ruang pemenang Anugerah Jauhari BH berkongsi kisah inspirasi mereka kepada golongan muda berusia 18 hingga 35 tahun.

Ia diadakan setiap bulan selama enam bulan, dengan siri pertama menampilkan mantan presiden, Puan Halimah Yacob, pada 31 Mei,.

Encik Bahren menyertai 80 belia di kafe (working title) di Maktab Seni LaSalle dan berkongsi kisah kejayaan hidup, kerjaya dan motivasi.

Semasa sesi sembang santai itu, Encik Bahren berkongsi pengalaman hidupnya, antara lain dari zaman kanak-kanaknya, nilai yang membentuk keperibadiannya dan pengalaman kerjaya dalam industri perbankan sebagai seorang anggota masyarakat minoriti.

Semasa sesi itu, peserta daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama juga dibahagikan kepada empat kumpulan.

Mereka membincangkan empat topik – membina rangkaian anda untuk meningkatkan kerjaya; cara kekal relevan dalam perubahan teknologi yang pesat; memajukan kerjaya sebagai minoriti; dan faktor yang dipertimbangkan ketika memilih kerjaya.

Antara peserta sesi itu ialah Cik Suharti Suhaimi, 30 tahun, seorang pengurus pembangunan perniagaan serantau bagi syarikat pembekal data Alternatives.pe, dan Cik Nana Syafiqa Robani, 34 tahun, seorang penasihat kewangan.

Cik Suharti berkata tarikan untuk menyertai sesi kedua Siri Jauhari itu adalah ekoran tumpuannya pada bidang kewangan serta minat beliau untuk belajar cara menjalin rangkaian.

“Sebagai seorang wanita Melayu/Islam yang berkecimpung dalam bidang teknologi, saya jarang melihat individu Melayu/Islam lain dalam bidang ini.

“Oleh itu, saya memilih untuk menghadiri sesi ini bagi menjalin rangkaian baru.

“Saya juga sedikit terkejut dapat berada dalam ruang yang penuh dengan belia Melayu/Islam yang mempunyai matlamat yang sama seperti saya,” ujar Cik Suharti, yang pernah menjadi seorang penasihat kewangan.

Siri Jauhari disokong unit maklum balas pemerintah, Reach.

Sesi kedua itu turut disertai Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; Editor Audiens dan Perkembangan Berita Harian, Cik Norhaiza Hashim; dan Pengurus Reach, Encik Muhammad Nizam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg