Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bajet 2024 atasi kebimbangan kos sara hidup, letak asas kukuh bagi masa depan: PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bajet 2024 atasi kebimbangan kos sara hidup, letak asas kukuh bagi masa depan: PM Lee

Feb 18, 2024 | 02:38 PM



Selain mengatasi kebimbangan rakyat Singapura tentang peningkatan kos sara hidup, Belanjawan 2024 menetapkan asas lebih kukuh bagi negara ini apabila ia memasuki fasa pembangunan seterusnya, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Encik Lee berkata walaupun Singapura telah mengatasi pandemik Covid-19, ia perlu membuat persediaan mencukupi untuk menghadapi cabaran lain pada masa hadapan.

Justeru, rancangan yang digariskan dalam belanjawan tahun ini memberikan jaminan sepanjang hayat kepada pekerja, serta terus memastikan kesaksamaan dan mobiliti dalam masyarakat.

Belanjawan itu juga terus menyokong keluarga dan warga emas, sambil memastikan kemampanan fiskal demi membina sebuah Singapura yang lebih kukuh dan bersatu, kata Encik Lee semasa berucap dalam bahasa Mandarin pada majlis jamuan malam Tahun Baru Cina di Teck Ghee pada 17 Februari.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, membentangkan pada 16 Februari kenyataan Belanjawan 2024 berjumlah $131.4 bilion yang merangkumi respons kepada cabaran segera seperti tekanan kos sara hidup serta matlamat jangka panjang pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan lebih baik.

Encik Lee berkata: “Saya berharap dasar dan skim komprehensif, pragmatik dan berkesan itu akan menggalak pertumbuhan ekonomi Singapura dan membantu rakyat Singapura mengecapi kehidupan lebih stabil.”

Melihat pada jangka panjang, agar rakyat menjalani kehidupan lebih baik, Singapura mesti terus membangun dari segi ekonomi dan menyediakan pekerjaan bagi rakyatnya dengan gaji yang baik supaya mereka dapat menjaga keluarga mereka, tambah beliau.

Tetapi supaya Singapura benar-benar makmur dan aman, selain mempunyai belanjawan inklusif yang lebih penting ialah kepercayaan tinggi antara rakyat dan Pemerintah. Dengan cara ini, semua orang boleh bekerjasama untuk melindungi Singapura, demi manfaat generasi akan datang, ujar Encik Lee.

Akur bahawa kos sara hidup terus menjadi kebimbangan rakyat Singapura, Encik Lee berkata beliau berharap langkah terbaru itu dapat membantu menangani kebimbangan tersebut.

Usaha yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 termasuk baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $600, dibahagikan dalam dua peringkat pada Jun 2024 dan Januari 2025, serta Bayaran Khas Kos Sara Hidup hingga $400 untuk rakyat Singapura berpendapatan rendah hingga sederhana.

Terdapat juga U-Save dan rebat perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) bagi isi rumah yang tinggal di flat HDB.

“Tetapi selain membantu rakyat berkaitan kos sara hidup dan juga Pakej Majulah demi membantu warga emas memenuhi keperluan mereka, ini juga merupakan Belanjawan yang menjaga masa depan,” kata Encik Lee.

Ia menjaga penduduk yang bekerja, untuk memastikan mereka dapat meningkatkan kemahiran, dilatih semula dan bekerja, tambahnya.

Pemerintah berusaha menjaga keperluan semasa, menjaga warga yang telah membawa Singapura ke tahap sekarang dan juga bersiap sedia bagi masa depan negara, ujar Perdana Menteri.

“Kita boleh melakukannya kerana kita melakukannya bersama-sama sebagai sebuah rakyat yang bersatu,” kata Encik Lee.

“Dalam dunia yang bermasalah, banyak perkara tidak berjalan lancar di dunia, tetapi kita akan melakukan apa sahaja yang kita mampu di Singapura. Dan banyak lagi yang boleh kita lakukan, untuk membuat segala-galanya berjalan lancar untuk kita, dan demi menjamin masa depan kita yang akan menjadi baik setiap tahun.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >