Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Baju kurung moden, kebaya Tun Teja pilihan penyeri Syawal

Mar 12, 2024 | 5:30 AM
Baju Kurung Tun Teja daripada Sultanah Bridal & Boutique merupakan busana yang menarik dan dijual untuk Syawal ini.
Baju Kurung Tun Teja daripada Sultanah Bridal & Boutique merupakan busana yang menarik dan dijual untuk Syawal ini. - Foto SULTANAH BRIDAL & BOUTIQUE

Warna merah tua, atau ‘burgundy’, kain sutera organza serta linen merupakan antara warna dan fabrik yang mungkin menjadi arah aliran atau trend Syawal ini.

Begitulah pendapat Cik Sultanah Hussein, pemilik butik Sultanah Bridal & Boutique di City Plaza, hasil daripada tinjauan peribadinya bersama rakan-rakan industri dari Kuala Lumpur.

Beliau juga menjangkakan baju kurung moden akan menjadi antara pilihan popular kerana ia bersifat malar segar.

“Baju kurung saya tidak kelihatan seperti baju kurung tipikal atau lazim dilihat.

“Saya mencantikkan lengannya dengan kain les berbentuk jari hantu yang kini sangat popular di Kuala Lumpur,” jelas Cik Sultanah sambil berkata beliau mempunyai lebih banyak ruang untuk mereka baju kurung dengan rekaan berlainan.

Walaupun tidak pasti akan sambutan yang bakal diterima pada 2024 kerana berasa mungkin ramai bakal membeli-belah di seberang Tambak, beliau tetap menawarkan kepelbagaian di butiknya.

Selain baju kurung, ia turut menyediakan variasi lain seperti busana kebaya.

Cik Sultanah berpendapat seseorang perlu mempunyai bentuk badan yang baik agar pemakaian kebaya lebih terserlah.

Katanya: “Saya buat saiz S, M, L, XL tetapi saya tidak buat terlalu ketat kerana tidak semua orang boleh memakainya.

“Jadi, saya buat ‘semi-fitting’. Jika ada yang nak saiz ‘fitting’, saya akan nasihat agar dapatkan korset dan bawa kepada saya, cuma, kami akan mengubah mengikut ukuran bersama dengan korset. Baru cantik.”

Bagi jenis kebaya yang lain seperti Kebaya Tun Teja dengan kain songket, Cik Sultanah berpendapat ia lebih sesuai buat pakaian pengantin tetapi masih boleh dipakai pada Hari Raya kerana kelihatan anggun dan gah.

“Songket tidak mudah diurus. Ada kebaya dijual tanpa lapisan. Ini tidak bagus. Ia tidak akan bertahan lama.

“Kena ada lapisan yang betul. Anda perlu melapiskannya dengan kain kapas nipis yang baik jadi anda berasa selesa. Dan cuci kering (dry cleaning) sahaja,” kongsinya tentang panduan memakai kebaya Tun Teja.

Pada Ramadan ini, pelanggan yang membeli busana di Sultanah Bridal & Boutique akan mendapat satu kerongsang percuma.

Sultanah Bridal & Boutique telah berpindah ke tempat baru di 810 Geylang Road, #01-84, City Plaza, Singapura 409286.

Anda boleh datang sahaja atau hubungi talian 6744-5500 untuk membuat janji temu.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri www.sultanah.com.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg