Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pilihan pakaian eksklusif untuk Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SULTANAH BRIDAL & BOUTIQUE

Pilihan pakaian eksklusif untuk Raya

Feb 25, 2024 | 05:31 AM



Satu reka bentuk eksklusif untuk satu saiz, namun, kekal malar segar. Itulah keistimewaan Sultanah Bridal & Boutique, kini di tempat baru di City Plaza, sejak dibuka pada 2002.

“Sejujurnya, kebanyakan pelanggan saya orang kenamaan (VIP) termasuklah menteri-menteri wanita. Adakah mereka mahu beli sesuatu yang banyak orang pakai? Jadi, saya perlu kekalkannya eksklusif,” jelas pemilik butik, Cik Sultanah Hussein.

Beliau lebih suka cara ini kerana ia juga menjadi tarikan kepada pelanggannya yang lain yang suka memakai pakaian yang reka bentuknya tidak dikongsi orang lain. Malah ada yang akan membeli busana yang lebih mahal di butiknya kerana inginkan yang eksklusif.

“Ada kalanya jika kita pergi ke rumah terbuka semasa Raya, atau majlis-majlis tertentu, kita akan berdepan dengan isu, ‘Eh sama ya baju kita?’ Kalau harga pakaian itu rendah, saya fikir pelanggan tidaklah begitu kisah sangat. Tetapi jika mereka bayar $300 hingga $500 untuk setiap busana, saya tidak fikir mereka suka,” jelasnya.

Namun begitu, beliau menambah, jika ada permintaan daripada pelanggan yang mahukan reka bentuk yang sama untuk anak ataupun ahli keluarga tetapi berbeza saiz, dengan perbincangan dan persetujuan antara mereka, beliau akan turutkan.

Cik Sultanah, anak tukang jahit, berpengalaman lebih kurang 35 tahun dalam industri fesyen. Beliau bermula sebagai jurujual dan membantu mereka bentuk pakaian di salah sebuah butik di Pusat Beli-belah Tanglin dahulu. Majikannya dahulu dari London yang juga pendidik di Royal School of Needlework di sana. Beliau banyak belajar daripadanya. Butik itu turut mereka bentuk pakaian eksklusif untuk pelanggan yang merupakan duta-duta besar di sini.

Lepas majikannya pulang ke United Kingdom, Cik Sultanah menjadi pemborong pakaian siap ke butik-butik di Orchard Road seperti Marie Vetton di Far East Plaza. Beliau kemudian buka Sultanah Bridal & Boutique di Tanjong Katong Complex.

“Pada awalnya, saya tidak dikenali lagi. Jadi, saya perlu bekerja keras untuk memperkenalkan reka bentuk busana saya. Selepas itu, saya menjadi lebih dikenali sehingga Covid-19 tiba dan perubahan berlaku. Ramai memilih membeli dalam talian,” ceritanya sambil menambah, perniagaan dalam talian melonjak naik tetapi pemilik butik sepertinya mendapat kesan buruk kerana pelanggan muda lebih memilih beli dalam talian kerana lebih murah.

“Saya bernasib baik kerana masih dapat bertahan melalui pelanggan setia dan mereka yang berkemampuan. Saya juga mengambil tempahan menjahit dan itu menjadi antara sebab saya masih boleh bertahan,” katanya tentang bagaimana perniagaannya menghadapi kesan pandemik walaupun ketika itu selama dua tahun perniagaannya sepi.

Beliau bersyukur kerana mempunyai pelanggan setia. Cara beliau melayan pelanggan dengan baik dan mesra menjadi salah satu tarikan utama bagi kesetiaan pelanggan. Beliau juga akan mereka bentuk pakaian mengikut bajet dan kemampuan pelanggannya. Pelanggannya juga akur bajet memainkan peranan penting dalam pemilihan kain.

Setelah semua perkara dipersetujui, barulah beliau menyiapkan baju-baju tempahan itu. Apa pun jua yang dimahukan pelanggan, mutu busana tetap terpelihara.

Beliau yang pernah ke Malaysia dan Indonesia untuk meningkatkan kemahiran menjahit sulam dan manik menerima pujian akan hasil sulamannya yang terperinci. Malah ada pelanggannya yang sanggup menabung setiap bulan demi mendapatkan baju-baju bermutu.

Walaupun fesyen dan gaya ada trend mengikut masa, busana dari Sultanah Bridal & Boutique kekal malar segar.


“Pelanggan beritahu saya, busana rekaan saya boleh bertahan hingga 10 tahun kerana mutu kerja kami telaten dan molek. Saya juga jarang mereka bentuk ikut emosi saya. Saya bersandarkan pada kehendak pasaran dan berkekalan rentas masa. Yang penting, ia malar segar dan boleh pakai lama,” kongsinya lagi.

Kepada yang berminat pada bulan Ramadan dan musim Lebaran ini, pelanggan yang membeli sehelai busana di Sultanah Bridal & Boutique akan mendapat satu kerongsang percuma.

Sultanah Bridal & Boutique telah berpindah ke tempat baru di City Plaza, #01-84, 810 Geylang Road, Singapura 409286. Anda boleh datang sahaja atau hubungi talian 6744-5500 untuk membuat janji temu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >