Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bak watak siri Netflix ‘Designated Survivor’, Shanmugam perjelas sebab tidak hadir acara besar

Aug 22, 2023 | 7:44 PM
TIDAK HADIR ACARA BESAR: Encik Shanmugam menjelaskan bahawa beliau tidak menghadiri acara besar buat beberapa tahun kebelakangan ini kerana ditetapkan sebagai menteri yang kekal di luar acara sekiranya berlaku sebarang kejadian.
TIDAK HADIR ACARA BESAR: Encik Shanmugam menjelaskan bahawa beliau tidak menghadiri acara besar buat beberapa tahun kebelakangan ini kerana ditetapkan sebagai menteri yang kekal di luar acara sekiranya berlaku sebarang kejadian. - Foto REUTERS

‘Mana Encik K Shanmugam?’

Persoalan itu timbul dalam kalangan sesetengah orang yang telah ‘perasan’ bahawa Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang itu tidak menghadirkan diri bagi Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad.

Rupa-rupanya, ini sesuatu yang memang disengajakan beliau.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Shanmugam menjelaskan bahawa beliau terima pertanyaan ini setiap tahun dan jawapannya tetap sama.

“Kita mempunyai acara besar, seperti NDP (Perbarisan Hari Kebangsaan), NDR, yang dihadiri seluruh Kabinet. Saya selalunya menteri yang ditetapkan untuk kekal di luar acara ini. Sekiranya sebarang kejadian berlaku, saya perlu tangani keadaan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengapa beliau tidak menghadiri acara besar buat beberapa tahun kebelakangan ini, sedangkan ia dihadiri seluruh kabinet.

Memberi respons kepada pos Facebook beliau, sesetengah warganet menggelarkan beliau sebagai ‘designated survivor’ bak tajuk sebuah siri Netflix.

Siri thriller politik itu berlandaskan dasar Amerika Syarikat untuk menetapkan seorang individu dalam barisan penggantian presiden yang dipilih untuk menjauhkan diri daripada acara berprofil tinggi sekiranya berlaku serangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg